Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Dihukum MFL, Selangor FC Kaji Semua Saluran Untuk Tindakan Lanjut

Kelab pasukan bola sepak, Selangor FC sedang meneliti dan mengkaji semua tindakan selanjutnya yang akan diambil ekoran daripada denda RM100,000 serta potongan tiga mata bagi saingan Liga Super 2024/2025 oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terhadap penyokong kelab terbabit.

Menerusi satu kenyataan, Skuad Gergasi Merah menyedari kata putus telah ditetapkan oleh MFL berhubung kes ketidakhadiran Selangor FC pada perlawanan Piala Sumbangsih yang juga merupakan aksi pertama Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, 10 Mei lalu.

Difahamkan, ekoran kes serangan asid yang menimpa tonggak utama pasukan terbabit, Faisal Halim, mereka telah memohon pengangguhan perlawanan namun ia telah ditolak oleh pihak MFL.

“Untuk makluman, pihak kelab telah memohon penangguhan perlawanan tersebut selepas kes jenayah serangan asid terhadap Faisal Halim pada 5 Mei yang lalu dan beberapa lagi insiden lain melibatkan pemain bola sepak tanah air.
“Namun, permohonan tersebut telah ditolak,” katanya pada Selasa.

Foto: FB Selangor FC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, Selangor FC berkata, penelitian dan kajian terhadap semua saluran yang bersesuaian sedang dilakukan bagi tindakan selanjutnya.

Terdahulu, kesan daripada ketidakhadiran perlawanan berkenaan, MFL telah menjatuhkan beberapa hukuman terhadap Selangor FC termasuk denda RM100,000, pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024/2025 serta perlawanan membabitkan kelab tersebut dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dimainkan tanpa penyokong.

Foto: FB Selangor FC

Sumber: Facebook Selangor FC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd