Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dihempap Serpihan Pokok Tumbang, Empat Beranak Naik Motor Tercampak Atas Jalan

Empat beranak dipercayai tercampak ke atas jalan setelah dihempap serpihan pokok di kawasan Bukit Putus, Negeri Sembilan, pada Selasa.

Menerusi satu hantaran Facebook, Malaysia Viral berkongsi sebuah video kamera papan pemuka (dashcam) yang memperlihatkan serpihan pokok di tepi jalan berkenaan patah secara tiba-tiba sekali gus menghempap keluarga itu yang menaiki motosikal di kawasan tersebut.

Malah, insiden terbabit telah mengakibatkan pembonceng wanita dan seorang kanak-kanak terjatuh dari motosikal lalu tercampak ke tengah jalan raya.

Dalam video berdurasi 59 saat itu juga memaparkan sebuah kereta Proton Saga yang lalu bersebelahan dengan motosikal itu turut terkena serpihan pokok dan sempat menghentikan kenderaannya ketika mangsa terjatuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media sosial

Berdasarkan beberapa komen di media sosial, pembonceng wanita tersebut dipercayai merupakan ibu kepada kanak-kanak berkenaan.

Dalam pada itu, dapat dilihat penunggang motosikal itu bergegas berlari ke arah mangsa manakala seorang lagi kanak-kanak yang turut menaiki kenderaan terbabit berada di tepi jalan berhampiran.

Sumber: Facebook Malaysia Viral

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd