Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Digilis Mesin Bajak Salji, Bintang ‘Avengers’ Tahan Sakit Patah 30 Tulang

Pelakon terkenal Hollywood, Jeremy Renner dilaporkan mengalami kecederaan yang serius selepas 30 tulang di anggota badannya telah patah akibat digilis mesin bajak salji di kediamannya di Nevada, Amerika Syarikat pada awal Januari lalu.

Susulan itu, dia telah mendapatkan rawatan di hospital dan ditahan wad selama dua minggu disebabkan kenderaan enam tan tersebut menghempapnya ketika membersihkan salji di hadapan rumahnya.

Bagaimanapun, dia tetap memuat naik beberapa keping gambar di laman sosialnya bagi meredakan kerisauan para peminat terhadap kesihatannya yang terkini.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Jeremy Renner (@jeremyrenner)

“30 tulang yang patah ini akan kembali pulih, sama seperti kasih sayang dan ikatan keluarga dan rakan-rakan yang memberi sokongan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas perhatian yang diberikan,” jelasnya.

Jeremy yang juga merupakan bintang bagi filem Avengers itu turut meluahkan rasa kagum apabila para peminat di seluruh dunia mengambil berat terhadap dirinya ketika ditimpa nasib malang.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Jeremy Renner (@jeremyrenner)

Malah, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua peminatnya yang sentiasa mengikuti perkembangan kesihatannya selama ini.

Terdahulu, pelakon yang berusia 52 tahun itu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi selepas mengalami kecederaan di bahagian dada selain patah tulang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram @jeremyrenner

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd