Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Didakwa Sering Pindah Agama & Kepercayaan, Marcell Dedah Sudah Peluk Islam Sejak 2012

Penyanyi terkenal Indonesia, Marcell atau nama sebenarnya, Marcellius Kirana Hamonangan Siahaan mendedahkan dia sudah memeluk islam sejak tahun 2012 lagi dan bukan dua tahun lalu seperti mana yang didakwa oleh orang ramai.

Menurut penyanyi yang berusia 45 tahun itu, agak sukar dia untuk menceritakan kepercayaan agama atau spiritual secara terbuka kepada umum memandangkan itu bukan cara dalam kehidupannya.

“Kerana sejak dahulu, pencapaian spiritual itu bukan sesuatu yang bukan saya boleh kongsi dengan kebanyakan orang.
“Apatah lagi, saya jenis orangnya banyak belajar latar agama dan kepercayaan. Saya mempelajari kebaikan-kebaikan daripada setiap kepercayaan.
“Jadi, untuk berkongsi perkara seperti ini tidak gampang (mudah). Tidak semua orang boleh terima,” katanya.

Tegas bapa kepada tiga orang cahaya mata itu lagi, setiap orang mempunyai pendapat dan jangkaan yang berlainan mengenai perkara tersebut.

Susulan itu, dia tidak mahu menjelaskan mengenai kepercayaan dan spiritualnya secara terbuka kepada umum kerana bimbang mencetuskan perbalahan dan kemarahan orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Banyak antara mereka apabila berbicara tentang hal spiritual, mereka bertanya tetapi mempunyai ekspektasi (jangkaan) dalam diri sendiri.

“Jawapannya (yang saya berikan) harus seperti itu dan ini. Jadi, kalau jawapan saya berbeza dengan apa yang ada di kepala (mereka), mereka marah dan menolak.
“Padahal, yang seharusnya dipersalahkan adalah mereka. Kenapa mereka tanya (tentang hal spiritual atau kepercayaan agama).
“Saya pasti jawapannya lain kerana buat saya, pemahaman saya tentang hal tersebut pasti lain. Orang ucap tahniah saya masuk Islam ternyata saya dah peluk Islam sejak 2012. Puasa pertama saya 2012,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, suami kepada aktres dan model jelita, Rima Melati Adams itu sering menjadi bualan orang ramai kerana beberapa kali berpindah kepercayaan, khususnya agama.

Namun begitu, Marcell memaklumkan dia tidak menggunakan agama untuk menggaut keuntungan atau menjana wang bagi menyara keluarganya.

Sumber: Kosmo (Mohd Haikal Isa)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd