Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Didakwa Ambil Bahan Terlarang Di Pusat Karaoke, Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah

Seorang anggota polis berpangkat lans koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan di sebuah pusat karaoke, April lalu.

Menurut laporan Utusan, tertuduh Mohammad Aizat Zamli, 26, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki yang masih bujang itu didakwa memasukkan dadah jenis ketamin dan MDMA ke dalam badannya di Bilik VIP 1, Aras 2, Grand OC Sdn. Bhd., Wisma Wolley, Jalan Canning Estate, Taman Ipoh pada jam 5.04 pagi, 5 April 2026.

Foto: Utusan

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan itu turut dibaca bersama Seksyen 38B(1) akta sama yang membolehkan tertuduh dikenakan perintah pengawasan selama dua hingga tiga tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulqarnain Wan Asmira, manakala Mohammad Aizat yang bertugas di Balai Polis Segamat, Johor diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Nadzrah Badarudin.

Foto: Harian Metro

Semasa prosiding, pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM4,000.

Bagaimanapun, peguam bela memohon jumlah jaminan yang lebih rendah dengan alasan anak guamnya perlu menanggung bapanya yang sudah berusia selain hanya memperoleh pendapatan sekitar RM3,000 sebulan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin selain kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Ogos depan bagi serahan dokumen serta lantikan peguam.

Sumber: Utusan (Asliza Musa)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd