Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Tingkatan 4 Dicekup Khalwat Bersama Teman Lelaki Berusia 20 Tahun

Seorang pelajar perempuan tingkatan empat ditahan bersama seorang lelaki berusia 20-an dalam serbuan operasi khalwat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah hotel di sini, awal pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, siasatan awal mendapati gadis berusia 16 tahun itu masih menuntut di sebuah sekolah menengah di luar daerah berkenaan, manakala pasangannya merupakan seorang pekerja kilang yang masih bujang.

“Pasangan ini amat mengejutkan kerana membabitkan pelajar sekolah. Ketika operasi, lelaki terbabit terkejut melihat lima penguat kuasa JAINJ, malah pada mulanya hanya membuka sedikit pintu.
“Pemeriksaan penguat kuasa menemukan pelajar itu dalam bilik hotel berkenaan,” katanya.

Dicekup khalwat

Dicekup khalwat

Artikel lanjut: Kecewa Tak Diterima Masuk UM, Edward Wong Kini Berdamai Dengan Takdir

Jurucakap JAINJ memaklumkan, ibu bapa pelajar terbabit telah dipanggil bagi proses jaminan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 3 pagi itu, pihak berkuasa turut menahan dua lagi pasangan warga asing atas kesalahan yang sama.

“Pasangan kedua membabitkan lelaki warga Indonesia berusia 30-an yang bekerja di sebuah kilang, bersama wanita senegara yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pekerja kantin.
“Manakala pasangan ketiga membabitkan warga Myanmar dalam lingkungan umur 30-an, lelaki bekerja sebagai pengawal keselamatan, manakala pasangannya bekerja di kilang di Senai,” katanya.

Sehubungan itu, JAINJ menasihatkan ibu bapa, pelajar dan masyarakat agar lebih berwaspada terhadap gejala sosial yang semakin membimbangkan, khususnya yang melibatkan golongan muda.

Sumber: Harian Metro (Omar Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Sosial

Terdahulu tular sebuah video podcast di mana seorang individu bernama DMA Islam menyatakan bahawa tugas wanita selepas berkahwin hanyalah membuka ruang untuk suami dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd