Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Dicabar IShowSpeed, Pengurus Tawar RM89.4 Juta Untuk Bertarung Dengan Jake Paul

Bintang YouTube yang kini bergelar peninju, Jake Paul dilaporkan menawarkan ganjaran $20 juta (RM89.4 juta) kepada penstrim atas talian, IShowSpeed untuk bertarung dengan bintang itu.

Ini susulan kenyataan IShowSpeed dua hari selepas Paul menewaskan Mike Tyson dalam satu pertarungan yang mana penstrim itu mendakwa dia mampu mengalahkan YouTuber itu dalam pertarungan tinju.

IShowSpeed ditawar ganjaran untuk bertarung dengan Jake Paul

IShowSpeed Bertarung Dengan Jake Paul

“Saya rasa saya boleh kalahkan Jake Paul dalam pertarungan. Saya hormat dengan etika kerja dia tapi bila saya lihat cara dia bertinju, dia masih belum lancar.
“Saya rasa saya betul-betul boleh tewaskan dia. Kalau anda lihat, dia masih lemah dalam permainan dia,” kata IShowSpeed.

Tidak cukup dengan itu, penstrim atas talian itu turut berkata dia hanya perlu berlatih dalam masa enam bulan dan dia dan pasti mampu mengalahkan mana-mana petinju di dunia.

IShowSpeed Bertarung Dengan Jake Paul

Sementara itu, tawaran ganjaran untuk IShowSpeed atau Darren Watkins diberikan oleh pengurus Paul iaitu Nakisa Bidarian menerusi satu komen yang naik semula di Instagram thebreadbatchfm.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Bidarian berkata dia akan memberikan $10 juta (RM44.6 juta) kepada IShowSpeed sekiranya dia bersetuju dan menandatangani perjanjian untuk bertarung dengan Paul.

Katanya lagi, sekiranya IShowSpeed berjaya mengalahkan Paul, dia akan menambah ganjaran itu sebanyak $10 juta sebagai bonus.

“Baik, beritahu dia saya bayar dia $10 juta sekarang, tandatangan minggu ini. Kalau dia kalahkan Jake, dia akan dapat bonus $10 juta lagi.
“Buktikan apa yang kamu cakap,” ujarnya.

Terdahulu, Paul berjaya mengalahkan petinju profesional dan bekas juara heavyweight, Mike Tyson dalam satu pertarungan tinju baru-baru ini.

Sumber: Instagram thebreadbatchfm

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Sosial

Cinta tak kenal usia, tidak tunduk pada angka dan tidak terikat pada pandangan manusia. Apabila hati sudah memilih, perbezaan umur sekalipun tidak mampu memisahkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd