Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dewan Negara Luluskan Pindaan AUKU, Tambah Baik Tadbir Urus Pelajar Institusi Tinggi

Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang (RUU) Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) (AUKU) 2023 bagi menambah baik tadbir urus, pengurusan aktiviti dan tatatertib pelajar pada Selasa.

AUKU diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 18 Ahli Dewan Negara mengambil bahagian ketika sesi perbahasan rang undang-undang itu, lapor Bernama.

Foto: Berita Harian

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan pindaan terhadap AUKU 1971 itu dibuat selepas perbincangan dengan pelbagai pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pindaan ini bukan dibuat secara sepihak, bukan hanya disyorkan pihak kerajaan tanpa melibatkan pihak-pihak lain khususnya dalam kalangan mahasiswa dan pelajar kita,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry berkata kerajaan juga komited merealisasikan harapan mahasiswa yang ingin melihat perubahan dan pengurusan organisasi pelajar dalam konteks masa kini.

Artikel lain: Tindakan Boikot Hanya Rugikan Rakyat Malaysia – Duta AS

Pindaan ini melibatkan enam peruntukan utama, antaranya, Seksyen 15A bagi memberi kebenaran kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Badan Pelajar untuk memungut wang atau menerima sumbangan lain.

Selain itu, ia juga melibatkan Seksyen 16B iaitu memindahkan kuasa Pihak Berkuasa Tatatertib daripada Naib Cnaselor kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar bagi pengendalian kes tatatertib di universiti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dewan Negara Luluskan Pindaan AUKU

Foto: Free Malaysia Today

Pada masa yang sama, Zambry berkata MPP dan badan pelajar dibenarkan membuka akaun dengan mana-mana institusi kewangan berlesen.

Namun begitu, institusi itu perlu memiliki kelulusan daripada Bank Negara dan pengurusan kewangan mereka akan diaudit individu atau firma bertauliah.

“Peraturan ini bukan satu bentuk sekatan sebaliknya ia mendidik pelajar mengurus kewangan MPP dan persatuan mereka dengan teratur, telus dan mengikut tatacara yang betul,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Norman Goh menceritakan pengalaman melanjutkan pengajian di universiti idamannya biarpun gagal pada percubaaan pertama. Menerusi perkongsian di Facebook,...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Sosial

Baru-baru ini tular seorang pemandu kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang mengeluarkan saman hanya kerana tidak dapat menunjukkan lesen memandu dalam aplikasi MyJPJ. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Fila Amir tampil membuka mulut meluahkan rasa tidak puas hati apabila terdapat segelintir netizen berkongsi tips meluruskan rambut memandangkan anaknya mempunyai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd