Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tindakan Boikot Hanya Rugikan Rakyat Malaysia – Duta AS

Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Edgard D Kagan menjelaskan bahawa boikot terhadap beberapa syarikat rantaian berkaitan AS di Malaysia hanya merugikan rakyat Malaysia, bukan AS atau Israel.

Menerusi satu laporan New Straits Times, Kagan berkata, kempen boikot yang berterusan akhirnya hanya memberikan kesan dan menjejaskan pekerja tempatan di negara ini.

Foto: New Straits Times

“Saya lega kerana boikot (di Malaysia) berjalan dengan aman.
“Saya rasa ia adalah malang kerana akhirnya seperti kebanyakan kamu tahu, dua syarikat utama yang diboikot itu, satu dimiliki oleh rakyat Malaysia dan satu lagi oleh Saudi,” katanya pada Selasa.

Dia juga mengakui bahawa rakyat mempunyai hak sendiri untuk menyuarakan pandangan mereka secara aman melalui tindakan protes dan boikot.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mereka yang terkesan dan menderita akibatnya adalah pekerja Malaysia.

Foto: Google

“Saya rasa mungkin ada kepuasan simbolik dalam perbuatan itu (boikot), namun akhirnya bukan orang Israel atau AS yang terluka. Dalam hal ini, itu adalah malang,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Kagan turut memberitahu kerajaan AS komited dalam menghormati hak untuk berhimpun secara aman dan protes, termasuk ketika mereka menjadi ‘sasaran’ rakyat Malaysia yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Israel.

“Saya berbohong jika mengatakan kami teruja orang melihat kami sebagai cara untuk menyatakan ketidakpuasan dengan Israel.
“Tapi saya faham itu adalah realitinya, dan kami faham perkara ini mencerminkan sentimen rakyat Malaysia,” tambahnya.

Foto: Astro Awani

Dia juga menyatakan penghargaan kepada usaha kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa dalam memastikan keselamatan pegawai AS di Malaysia ketika berhadapan dengan protes umum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, peserta demonstrasi ‘Piket Demi Palestin’ mendirikan khemah berhampiran kedutaan di Jalan Tun Razak sebagai tindak balas terhadap tindakan kerajaan AS yang menggunakan kuasa vetonya semasa usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mendesak gencatan senjata di Gaza.

Sumber: New Straits Times (Najmuddin Najib)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalaninya menunjukkan beliau mempunyai keturunan India. Perkara itu dikongsikan Prabowo ketika berucap di hadapan...

Lokal

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta. Tentera Darat...

Lokal

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menerusi Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC) menzahirkan kebimbangan terhadap insiden tikaman membabitkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Banting,...

Sukan

Ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan meluahkan kekecewaan mendalam terhadap mutu pengadilan selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Piala Dunia apabila tewas 3-2 kepada Argentina dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd