Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Demi Ronaldo & Messi, Peminat Sanggup Habiskan RM11.2 Juta Beli Tiket

Demi berjumpa dan melihat kedua-dua bintang bola sepak beraksi, seorang jutawan hartanah Arab Saudi sanggup menghabiskan wang berjumlah AS$2.6 juta (RM11.2 juta) seperti mana dilaporkan media antarabangsa.

Memetik laporan, jutawan dikenali Mushref al-Ghamdi telah memenangi tiket untuk menyaksikan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi beraksi dalam perlawanan persahabatan hasil daripada bidaan.

Messi bersama Paris Saint-German  bakal menentang pasukan kelab terbaharu Ronaldo, AL Nassr dan pesaing terdekat mereka, Al Hilal pada esok di Riyadh pada perlawanan esok di Riyadh.

Perlawanan itu merupakan aksi kali pertama Ronaldo beraksi di Arab Saudi selepas menandatangani kontrak dengan Al Nassr.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bidaan lelongan amal

Bagi mempromosikan perlawanan persahabatan yang bakal beraksi esok, penasihat di Mahkamah Diraja dan Ketua Penguasa Hiburan Am Arab Saudi, Turki al-Sheikh melakukan lelongan amal untuk tiket istimewa.

Lelongan amal itu membolehkan pemilik tiket berpeluang bergambar dengan pemain dan akses ke bilik persalinan pemain.

Difahamkan, bidaan itu bermula pada 1 juta riyal (RM1.1 juta) dan ia ditutup pada Selasa, jam 11.30 malam waktu tempat sebelum diumumkan di Twitter.

“Tahniah, anda layak mendapatnya, dan semoga Tuhan membalas anda dengan kebaikan,” kata Sheikh.

Mbappe dan Achraf Hakimi pun ada sekali!

Hasil daripada lelongan itu, ia akan disalurkan untuk kempen amal kebangsaan yang dikenali sebagai Ehsan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain Messi, antara bintang PSG yang bakal beraksi esok termasuk penyerang Perancis, Kylian Mbappe dan pemain Maghribi, Achraf Hakimi.

Terdahulu, portal melaporkan Ronaldi menandatangi kontrak bersama Al Nassr sehingga 2025 dengan bayaran bernilai lebih daripada 200 juta euro(RM933.6 juta).

Sumber: indiaexpress

Sheikh kemudian mengumumkan di Twitter pemenang menerusi bidaan AS$2.6 juta adalah Mushref al-Ghamdi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tahniah, anda layak mendapatnya, dan semoga Tuhan membalas anda dengan kebaikan,” kata Sheikh.

Hasil daripada lelongan itu akan disalurkan untuk kempen amal kebangsaan yang dikenali sebagai Ehsan.

Selain Messi, antara bintang PSG yang dijangka beraksi esok termasuk penyerang Perancis, Kylian Mbappe dan Achraf Hakimi, yang tahun lalu membantu Maghribi muncul pasukan Arab dan Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia di Qatar.

Pasukan pilihan Saudi termasuk Salem Al-Dawsari, yang menjaringkan gol kemenangan ketika kemenangan mengejut Arab Saudi ke atas ke atas Argentina pada saingan peringkat kumpulan Piala Dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd