Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Delegasi Afghanistan Berhasrat Jadikan Malaysia Sebagai Rujukan Dalam Dasar Pendidikan – KPM

Kunjungan delegasi dari Afghanistan pada awal bulan telah menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai rujukan amalan terbaik dalam membangunkan dasar pendidikan di negara itu khusus dalam aspek pembangunan kurikulum, latihan dan pembangunan guru serta teknologi pendidikan.

Delegasi Afghanistan berhasrat jadikan Malaysia sebagai rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, kunjungan negara yang dipimpin Taliban itu memberi pendedahan kepada delegasi Afghanistan bagi melihat sendiri dan memahami model pendidikan terbaik di negara Islam moden yang disegani di peringkat antarabangsa.

“Komitmen KPM adalah selari dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu yang bersedia meningkatkan kerjasama dengan Afghanistan.
“Pada masa sama, hak pendidikan tidak boleh dinafikan. Justeru, Malaysia komited dan mendukung penuh hak pendidikan kepada wanita serta akses pendidikan kepada kanak- kanak perempuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis lalu.

Delegasi Afghanistan

Foto: The Malaysia Press

Menurut KPM, pihaknya mengambil maklum isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang mempertikaikan kehadiran rombongan Kementerian Pendidikan Afghanistan ke negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: KPM Perkenal Elemen TVET Kepada Murid Tahun Satu Bermula 2027

KPM menjelaskan, program kunjungan delegasi itu dilaksanakan berdasarkan panduan dan nasihat Kementerian Luar Negeri (KLN).

“Ia juga telah mendapat khidmat sokongan daripada Kementerian dan agensi lain yang berkaitan bagi tujuan tapisan keselamatan dan pemantauan berterusan sehingga program selesai,” ujarnya.

Delegasi Afghanistan

Foto: FB Nurul Amali Mohd Shamsudin

Sementara itu, KPM menyifatkan ia adalah satu usaha untuk menyokong hala tuju pendekatan dasar luar terhadap Afghanistan dimana Malaysia bersedia memberikan bantuan dari segi pembangunan kapasiti dalam bidang kesihatan dan kemanusiaan yang akan menyumbang kepada kemajuan sosial negara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“KPM telah membentangkan dan memberi gambaran menyeluruh sistem pendidikan negara termasuk berkenaan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan wanita di Malaysia.
“Ia memperlihatkan sistem pendidikan negara yang inklusif serta tumpuan kepada peningkatan akses dan ekuiti merentasi status sosial ekonomi, gender, etnik dan geografi.
“Ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan 4: Pendidikan Berkualiti (Sustainable Development Goal – SDG 4) termasuk untuk menghapuskan kesenjangan jantina dan memastikan akses sama rata dan menyeluruh di semua peringkat pendidikan,” kata KPM lagi.

Delegasi Afghanistan

Foto: Bernama

Malah pada masa sama, menterinya Fadhlina Sidek berkata, selaku negara yang dianggap contoh oleh pihak luar, Malaysia harus berani dalam melawan diskriminasi dan terus memperjuangkan hak pendidikan untuk anak-anak perempuan di seluruh dunia.

“Malaysia boleh mengambil satu prinsip untuk memulaukan Afghanistan kerana pendirian Taliban dalam isu hak pendidikan wanita.
“Haram atau dibuka semula pintu sekolah untuk pelajar perempuan, kita yang berada jauh dari Afghanistan mungkin tidak terkesan.
“Tetapi andainya, saya mampu meyakinkan mereka bahawa memberikan pendidikan untuk kaum wanita tidak bercanggah dengan Islam, malah sejajar dengan nilai Islam, maka ia memberi makna yang besar untuk wanita di Afghanistan apabila melangkah masuk semula ke sekolah,” ujarnya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis lalu.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd