Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

DBKL Nafi Sistem Digodam, Tiada Tuntutan Wang Tebusan RM236.17 Juta Terlibat

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan bahawa sistem perkhidmatan dalam taliannya telah digodam hingga melibatkan tuntutan wang tebusan sebanyak sekitar RM236.17 juta.

Menurut laporan Berita Harian, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif menjelaskan bahawa gangguan sistem yang berlaku baru-baru ini hanyalah masalah teknikal biasa dan langsung tidak berkaitan dengan sebarang cubaan penggodaman atau tuntutan wang.

Foto: nst.com.my

“Memang ada gangguan sistem tapi tidak ada kaitan dengan wang (tebusan) daripada sesiapa.
“Sebanyak 39 sistem yang bermasalah sudah kembali normal sejak 1 Mei lalu, seperti sistem e-perumahan, e-lesen, e-aduan dan e-tempah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa turut mengesahkan bahawa pihak polis belum menerima sebarang laporan berkaitan tuntutan wang tebusan tersebut.

Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan dakwaan daripada seorang ahli parlimen yang mendakwa sistem DBKL telah digodam dan penggodam tersebut menuntut sejumlah besar wang sebagai tebusan.

Foto: Berita Harian

Ahli parlimen tersebut memaklumkan bahawa maklumat itu diterima daripada sumber yang dipercayainya.

Bagaimanapun, setakat ini tiada bukti kukuh mengesahkan dakwaan berkenaan dan DBKL menegaskan sistem mereka kini berada dalam keadaan stabil dan selamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd