Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

David Beckham Duta Baharu Manchester United Jika ‘Pak Arab’ Ambil Alih

Bekas pemain bola sepak terkenal, David Beckham duta baharu Manchester United jika Sheikh Jassim bin Hamad Al Than berjaya mengambil alih kelab gergasi berkenaan.

Menerusi laporan Berita Harian, keluarga Glazer mahu menjual kelab tersebut pada 11 bulan lalu namun, beberapa bidaan daripada Jassim dan Jim Ratcliffe tidak menepati permintaan mereka.

Justeru, Beckham menegaskan mahu kestabilan dan dia sendiri mengetahui individu yang tepat untuk membeli bekas kelabnya itu.

David Beckham duta baharu Manchester United

Artikel lain: Nilai Skuad United Paling Mahal, Kalahkan Chelsea Dan Manchester City

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami salah satu, jika bukan kelab terbesar di dunia. Kami mahukan kestabilan. Saya rasa itu yang paling penting.
“Kita semua mempunyai pilihan tersendiri berkenaan siapa yang paling layak menguruskan dan menjaga kelab ini untuk mengembalikannya ke tempat sepatutnya.
“Di mata kami, di mata peminat, kami adalah nombor satu. Kami mahu kembali berada di atas dan saya percaya saya kenal orang yang betul yang mampu melakukannya, jadi kita lihat saja nanti,” katanya.

Sebelum ini, bekas kapten England itu pernah terpalit dengan kontroversi dimana bersetuju menjadi duta untuk Piala Dunia 2022 di Qatar. Difahamkan, Beckham telah dibayar 10 juta pound (RM57.9 juta) untuk tugas berkenaan.

Malah, bekas pemain berusia 48 tahun itu meminta penyokong untuk terus bersabar memandangkan United tewas empat kali dalam lapan aksi Liga Perdana Inggeris setakat ini dan kalah dalam kedua-dua aksi Liga Juara-Juara Eropah.

“Kita tunggu saja, dia seorang jurulatih yang bagus. Keadaan sukar buat masa sekarang, ia tidak mudah baginya. Kita semua mahu keputusan dibuat untuk kelab, untuk peminat, untuk pemain dan juga pengendali,” ujarnya lagi.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd