Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Daus Mini Bukan Curang, Isteri Dakwa Suami Tak Beri Nafkah Zahir & Batin!

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila nama pelawak Indonsia iaitu Daus Mini didakwa curang belakang isterinya, Shelvie Hana Wijaya.

Pun begitu, segalanya berubah apabila Shelvia mendedahkan dia mahu bercerai disebabkan Daus gagal memenuhi tanggungjawab sebagai seorang suami dari aspek nafkah zahir dan batin ketika perbicaraan kes cerai di mahkamah.

“Kami anggap Daus tidak boleh menjalankan kewajipan sebagai suami. Dia tidak pernah memberi nafkah dengan baik secara zahir dan batin sejak beberapa tahun ini,” jelas peguam yang mewakili Shelvie.

Susulan itu, Shelvie telah membuat keputusan untuk menuntut nafkah bulanan sebaik sahaja bercerai dan bakal mengambil tindakan undang-undang jika gagal berbuat sedemikian.

Bukan itu sahaja, peguam yang mewakili Daus pula yakin sepenuhnya Shelvie akan membatalkan dakwaan curang berikutan tiada bukti yang kukuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Perkara penting dalam sidang ini adalah pihak Shelvie menghapuskan dakwaan curang kerana mereka tiada bukti berkaitan hal ini,” jelas peguam tersebut.

Terdahulu, Shelvie telah memfailkan cerai ekoran dakwaan curang malah, dikatakan memberi layanan yang buruk terhadap keluarganya sejak berkahwin pada tahun 2018.

Sumber: mStar 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd