Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Daud Kim Minta Derma Bina Masjid, Ayana Moon Nasihat Orang Ramai Berhati-Hati

Pempengaruh media sosial asal Korea Selatan, Daud Kim, telah berkongsi video di Instagram miliknya dengan mengumumkan pembelian sebidang tanah di Incheon, Korea Selatan baru-baru bertujuan untuk membina masjid di sana suatu hari nanti.

Menerusi pautan video yang sama, dia memberi kapsyen, ‘Impian saya akan menjadi kenyataan. Tolong bantu saya membina sebuah Masjid di sini’ bersama-sama dengan butiran bank miliknya untuk tujuan orang ramai menyumbangkan derma kepada perjuangannya itu.

View this post on Instagram

A post shared by Daud Kim (@jaehan9192)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan daripada itu, ramai pengikut Islamnya menyatakan sokongan untuk projek tersebut kerana dia telah berkongsi berkali-kali dalam video di saluran YouTube.

Walau bagaimanapun, ada yang masih ragu-ragu tentang usaha berkenaan, sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa ia berpotensi menjadi satu penipuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan pengumuman itu, seorang pempengaruh Muslim Korea yang terkenal, Ayana Jihye Moon berkongsi pendapat menerusi akaun Instagram miliknya mengenai amalan menderma ke akaun peribadi seseorang.

Ayana turut memberi amaran kepada pengikutnya tentang potensi risiko menderma tanpa melakukan pemeriksaan latar belakang yang menyeluruh.

Foto: Instagram @xolovelyayana

“Di bawah undang-undang Korea Selatan, individu tidak dibenarkan untuk mendapatkan dana melalui akaun peribadi walaupun individu itu mendakwa dana itu bertujuan untuk tujuan keagamaan, sebarang jumlah melebihi KR₩10 juta (~RM34,604) tidak boleh dikutip dengan cara ini.
“Saya tidak hanya tujukan kepada dirirnya seorang malah menekankan isu yang lebih luas mengenai individu yang memberikan butiran akaun bank peribadi tanpa menyatakan dana yang diperlukan untuk pembinaan masjid,” tulisnya.

Foto: Instagram @xolovelyayana

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas pendedahan Ayana mendapat perhatian, ia telah dikongsi secara meluas di seluruh platform media sosial sekaligus membuat ramai netizen mulai sedar dan terdetik kebimbangan tentang kemungkinan berlaku penyelewengan terhadap pemberian derma terbabit.

Untuk rekod, Kim pernah terlibat dengan beberapa isu kontroversi, termasuk dakwaan percubaan serangan seksual terhadap seorang wanita asing semasa lawatannya ke Korea Selatan.

Sumber: Instagram @jaehan9192, Instragram @xolovelyayana

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd