Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Dana Celik Kewangan Belia MADANI Diperkenal, Peruntuk RM50 Juta Untuk Sejuta Pelajar IPTA

Permodalan Nasional Berhad (PNB) memperkenalkan Inisiatif Dana Celik Kewangan Belia MADANI: Celik Kewangan Belia MADANI bersempena penjenamaan semula Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), hari ini.

PNB dalam satu kenyataan memaklumkan, inisiatif itu menyasarkan pendaftaran satu juta pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian vokasional baharu.

Nilai perlaburan permulaan percuma sebanyak RM50 akan dikreditkan ke dalam akaun penuntut.

“Mereka akan diberikan nilai pelaburan permulaan sebanyak RM50 seorang, hasil sumbangan bersama antara kerajaan Malaysia, PNB dan syarikat korporat, dengan nilai sumbangan keseluruhan berjumlah RM50 juta,” menurut kenyataan itu.

Dana Celik Kewangan Belia MADANI diperkenal

PNB dalam kenyataan sama berkata, inisiatif itu juga bertujuan untuk memastikan golongan belia mula merancang kewangan pada usia muda dan secara terus membantu mengukuhkan kedudukan kewangan apabila terus menyimpan dan melabur bersama ASNB walaupun selepas tamat pengajian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Matlamat ini adalah untuk membangunkan tahap celik kewangan generasi masa depan Malaysia, memperkasakan mereka dengan alat kewangan asas agar dapat membuat keputusan kewangan yang termaklum pada masa hadapan,”katanya.

Menurut kenyataan, 50 peratus daripada jumlah sumbangan RM50 kepada setiap pelajar adalah sumbangan daripada kerajaan Malaysia, manakala baki RM25 akan ditaja oleh PNB dan syarikat korporat lain.

“Berdasarkan mekanisme inisiatif tersebut, RM50 akan dikreditkan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Malaysia (ASM) pelajar IPTA, di mana nilai ini akan dikunci bagi tempoh 5 tahun.
“Sepanjang fasa ini, pelajar akan digalakkan untuk membuat simpanan berulang yang kecil setiap bulan untuk memupuk tabiat menabung.

“Berasaskan sumbangan nilai pelaburan percuma sebanyak RM50 dan diandaikan pulangan dividen sepanjang tempoh itu adalah sebanyak 5.5 peratus setahun, di mana apabila pelajar membuat simpanan tambahan RM20 sebulan selama empat tahun sepanjang tempoh pengajian dan nilai simpanan ditambah ke RM100 sebulan ketika mula bekerja, mereka akan mempunyai simpanan terkumpul melebihi RM10,000 dalam tempoh 10 tahun, jika tiada pengeluaran dibuat,” ujarnya.

PNB berkata, inisiatif yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini akan diselaraskan oleh ASNB, syarikat pengurusan unit amanah milik penuh PNB.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan PNB, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad berkata, acara literasi kewangan terbesar negara tahun ini dianjurkan di negeri Selangor untuk kali pertama menawarkan pengunjung dengan pengalaman melangkaui pengetahuan pengurusan kewangan dengan memberikan penekanan khusus kepada elemen pendidikan
kewangan yang lebih meluas.

 “MSAM tahun ini juga menyaksikan permulaan era baharu bagi ASNB melalui pelancaran logo baharu, yang kini tampil lebih segar dan dinamik untuk
menarik generasi muda dan memperkasa pemegang unit sedia ada.
“ASNB mengambil pendekatan yang lebih menarik dan disokong oleh khidmat nasihat kewangan dalam talian lebih peribadi dan mudah seperti Penasihat Pelaburan Robo (RIA), ASNB Academy dan kerjasama dengan Touch & Go,”ujar beliau.

Bertemakan “Kukuhkan Hidup Anda di MSAM”, MSAM membawakan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan dan membabitkan pengunjung bagi menarik penyertaan dari semua lapisan masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain aktiviti lazim berkaitan celik kewangan dan perkongsian ilmu, beberapa program unik tahun ini termasuk aktiviti pelengkap seperti Festival Muzik Mini, Karnival Makanan Mini (Maybank Islamic MAE-Dan Selera) dan Festival Auto.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan MSAM 2024 dari 22 hingga 25 Ogos (10 pagi hingga 10 malam) ini di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, Selangor.

Para pengunjung digalakkan untuk daftar masuk melalui aplikasi myASNB mereka atau layari www.pnb.com.my/msam untuk maklumat lanjut.

Terdahulu, inisiatif diperkenalkan pada Majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Setia City di sini pada Khamis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir bersama Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari; Pengerusi Kumpulan PNB, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda; Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Dato’ Abdul Rahman bin Ahmad; barisan kepimpinan kanan PNB dan syarikat strategik yang juga merupakan Rakan Korporat MSAM 2024.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) akan mengenal pasti pihak lain yang didapati melakukan...

Lokal

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh selar kenyataan Ahli Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang...

Spotlight

Linkin Park membuat kemunculan semula dengan barisan ahli baharu, selepas tujuh tahun menyepi sejak kematian vokalis utama, Chester Bennington pada tahun 2017. Menurut laporan...

Sosial

YouTuber mukbang, Nikocado Avocado beri kejutan kepada para penontonnya selepas memuat naik video terbaharu menerusi saluran miliknya yang memaparkan dia kini yang sudah kurus....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd