Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tan Sri Direman Empat Hari, Bantu Siasatan Dakwaan Tipu Pelaburan RM300 Juta

Seorang individu bergelar Tan Sri ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan kes penipuan pelabur dipercayai melibatkan nilai kira-kira RM300 juta.

Menurut laporan Malaysia Gazette, sumber SPRM memaklumkan individu yang berusia 60-an itu direman selama empat hari sehingga 25 Januari ini selepas SPRM mendapat permohonan dari Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Dakwaan tipu pelaburan RM300 juta

Dakwaan tipu pelaburan RM300 juta

Foto: Buletin TV3

“SPRM tidak menolak kemungkinan nilai dana yang diseleweng boleh mencecah ratusan jutaan ringgit.
“Dana tersebut telah diseleweng tanpa pengetahuan pelabur yang mana pelaburan tersebut sepatutnya dipulangkan semula selepas tarikh matang perjanjian pelaburan berakhir pada 2024,” katanya.

Artikel lain: SPRM Peroleh Izin, Mantan PAT & Bekas PTD Bersama Isteri Didakwa Mulai Esok

Ketua SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara tersebut berkata kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, bekas pengarah sebuah syarikat ditahan pada malam semalam selepas disyaki salah guna dana pelaburan berjumlah RM6 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysia Gazette (Khuzairi Ismail)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd