Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Dakwaan Sebut Perkataan Jelik Terhadap PM, Radzi Jidin Digesa Bertaubat

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali meminta Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin dengan segera bertaubat susulan mengeluarkan tuduhan qazaf terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu turut menegaskan tuduhan tersebut adalah dosa besar yang termasuk dalam kategori jenayah hudud dalam Islam.

https://www.facebook.com/drtakiri/videos/847184756789889/?locale=ms_MY

“Saya mendengar pencelahan di Parlimen oleh YB Putrajaya menyebut dia yakin bahawa YAB PM peliwat.
“Ini adalah tuduhan QAZAF yang jelas termasuk dalam kategori jenayah Hudud dalam Islam iaitu menuduh seseorang muslim melakukan zina atau liwat tanpa empat saksi mata.
“Ia menjadi salah satu kesalahan jenayah Syariah dalam Akta dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri dalam Malaysia.
“YB Putrajaya kena segera bertaubat kepada Allah kerana melakukan jenayah besar dalam Islam ini,” katanya pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut kesal kerana agamawan yang berada di dalam Dewan Rakyat seakan-akan membiarkan perkara tersebut berlaku tanpa menegur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagaimana perkara itu dibiarkan berlaku dalam parlimen tanpa sebarang teguran sedangkan dalam parlimen terdapat ustaz-ustaz yang mendalami pengajian Islam dan memperjuangkan pula pelaksanaan HUDUD dalam negara,” ujarnya.

Foto: Berita Harian

Terdahulu, Radzi mengeluarkan tuduhan tersebut ketika bertikam lidah dengan Anwar yang juga Menteri Kewangan semasa penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sumber: Facebook Ust. Dr. Khairuddin at-Takiri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Sosial

Seorang suami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selepas isterinya yang hamil tujuh bulan dan anak sulung mereka cedera dalam kemalangan membabitkan...

Sukan

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akhirnya menamatkan penantian selama 16 tahun untuk meraih pingat emas Sukan Komanwel selepas muncul juara acara keirin...

Sosial

Nama Pak Su Tomoi sekali lagi menjadi perhatian sempena perhimpunan RXZ Members apabila kisah kesetiaannya menghadiri acara itu sejak edisi pertama tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd