Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Dakwaan Edar Sampul Duit Raya Kepada Pengundi, Menteri Kesihatan Sedia Disiasat

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bersedia untuk disiasat berhubung dengan dakwaan mengedarkan sampul duit raya yang tertera gambarnya kepada barisan pengundi di Kuala Kubu Baharu (KKB) sebelum ini.

Menerusi satu laporan Sinar Harian, Dr Dzulkefly berkata, beliau tidak peduli sekiranya ada pihak yang ingin menjalankan siasat berkaitan tindakannya memberi sampul duit raya sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) KKB.

Foto: The Straits Times

“Siasatlah apa nak siasat pun. Tidak mengapa… Mereka akan tahu apa yang sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di Putrajaya pada Jumaat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dr Dzulkefly juga memberitahu bahawa pemberian duit raya sudah menjadi amalannya terutama sewaktu menyantuni kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pesakit di wad.

“Ke mana saya pergi buat lawatan ke hospital untuk menyantuni kakitangan dan pesakit, saya bagi duit raya.
“Ia secara peribadi daripada saya. Tidak terkait dengan pilihan raya,” ujar beliau.

Foto: FB KKM

Beliau turut memaklumkan perbuatannya tersebut bukanlah untuk mencari dan meraih populariti, malah tidak peduli apapun yang dikatakan orang terhadap dirinya.

Terdahulu, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal telah menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat dakwaan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd