Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Dakwa Diugut Sokong PM, Parlimen Sahkan Kenyataan Wan Saiful Tak Kelirukan Dewan

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengesahkan kenyataan Ahli Parlimen Taesk Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung tawaran menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, tak kelirukan Dewan Rakyat.

Memetik laporan Berita Harian, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bermesyuarat pada 6 dan 10 September.

Parlimen sahkan kenyataan Wan Saiful tak kelirukan Dewan

Kenyataan Wan Saiful Tak Kelirukan Dewan

Foto: Berita Harian

Sehubungan itu, Wan Saiful dinasihat membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan diugut dan ditawar ‘habuan’ untuk menyokong Perdana Menteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jawatankuasa mengesyorkan perkara berkenaan selepas mendapati keterangan pemimpin BERSATU itu berkemungkinan melibatkan kesalahan jenayah yang memerlukan siasatan lanjut pihak berkuasa.

Katanya, jawatankuasa mendapati ada keterangan menunjukkan berlaku pertemuan seperti yang didakwa Wan Saiful termasuk pelbagai tawaran membabitkan pengguguran pertuduhan, memberi imbuhan dan menanggung kos perubatan isteri, kos guaman dan peruntukan Parlimen.

“Oleh itu, keterangan tersebut perlu penelitian lanjut oleh pihak berkuasa serta menentukan kesahihannya.
“Jawatankuasa ini mengesyorkan supaya Ahli Parlimen Tasek Gelugor membuat laporan rasmi berhubung perkara ini kepada badan penguat kuasa seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang memiliki kuasa serta sumber lebih wajar untuk menyiasat,” katanya.

Pada 22 Mac lalu, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi memfailkan usul merujuk Wan Saiful ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen berkenaan pemimpin BERSATU itu mmebuat sangkaan jahat terhadapnya.

Menurut Zulkafperi, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mendakwa dirinya sebagai ‘ejen’ yang memujuk dan menyogok Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) untuk menyokong kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehari sebelum itu, Wan Saiful mendakwa Zulkafperi dan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim bersama tiga lagi individu dikenali sebagai ‘Hasnan, Datuk Azman serta Datuk Rahim’ membuat kacau ganggu dalam usaha mempengaruhi kelakuan dan sokongan beliau kepada kerajaan.

Wan Saiful kini berdepan tuduhan pengubahan wang haram dan rasuah melibatkan projek Jana Wibawa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada aktiviti haram 2001.

Sumber: Berita Harian (Farah Marshita Abdul Patah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Nasional

Sempena sambutan Hari Malaysia 2025, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan program Bicara Malaysiana: Menjunjung Rukun Negara, Memperkukuh Jati Diri Bangsa bertempat di Auditorium...

Sukan

Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) – Renang yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus menjadi inisiatif penting dalam usaha mengurangkan risiko...

Sosial

Air mata mengiringi setiap langkah, begitulah suasana yang dirakam dalam sebuah video tular di TikTok sempena persaraan seorang guru bernama Cikgu Salina. Murid bagi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd