Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Dah Terlambat, Ratu Cantik Terpaksa ‘Merempit’ Ke Hotel

Hari ini, aksi lucu salah seorang peserta ratu cantik Miss Grand Rayong menjadi bualan hangat warganet di media sosial.

Menerusi foto tular dimuat naik jurusolek profesional Thailand, Pakaii Pitirat di laman Facebook miliknya, kelihatan gambar Miss Grand Rayong iaitu Anuthida “Ninew” Sarathana membonceng sebuah motosikal.

https://www.facebook.com/khunpragaiimua/posts/pfbid0Jfr45EAqJ49H1LzAhLcihMpkk8nZAW6xW7YsScf2wQwPEJPBExbj35g7fbAi3ufel

Difahamkan, Ninew baru tiba di Hotel Swissotek di Jalan Ratchadapisek, Bangkok dengan menunggang teksi motosikal, manakala pemilik kenderaan berkenaan menjadi pemboncengnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet apabila rata-rata mereka menyatakan ratu cantik berkenaan pasti tergesa-geas untuk sampai ke destinasi yang ditujui.

Malah, mereka turut terhibur apabila melihat wanita itu menunggang motosikal bersama busana serba keemasan selain memakai ‘crown’.

Sekadar info, peringkat akhir Miss Grand Thailand 2023 akan diadakan di Show DC Hall, Bangkok pada 29 April ini.

Bagaimanapun, kesemua peserta dari 77 wilayah dikehendaki mendaftarkan diri di hotel berkenaan pada hari ini bagi menyertai pertandingan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FB Pakaii Pitirat

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd