Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dadah Punca 59 Anggota Polis Dibuang Kerja Sejak Januari 2025

Dadah punca anggota polis dibuang kerja

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Seri Azri Ahmad dedah seramai 59 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) hilang pekerjaan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berpunca kerana terlibat dengan masalah dadah.

Dadah punca anggota polis dibuang kerja

Dadah punca anggota polis dibuang kerja

Foto: Astro Awani

Memetik laporan Berita Harian, beliau memberitahu sebanyak 492 warga PDRM telah dikenal pasti dan dikenakan pelbagai tindakan tatatertib antara Januari hingga Mei lalu.

“Daripada jumlah itu, 59 dibuang kerja dan 146 digantung kerja serta yang lain dikenakan tindakan termasuk tahan kerja,” kata Azri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran, hari ini.

Dalam pada itu, Azri memaklumkan, JIPS menerima 2,637 aduan dan maklumat berhubung salah laku warga PDRM, melibatkan  1,892 aduan rasmi dan 745 maklumat orang awam.

“Sebanyak 776 Kertas Siasatan Tatatertib (KST) dan 584 Kertas Enkuiri Tatatertib (KET) dibuka membabitkan kes pelanggaran tata lalu,” jelasnya.
Dadah punca anggota polis dibuang kerja

Foto: thesun.my

Sementara itu, isu integriti merupakan kategori kesalahan tertinggi dan paling kerap terjadi dengan menerima sebanyak 333 kes, diikuti tadbir urus 45 kes, dadah 42 kes, jenayah 38 kes, syariah 19 kes dan rasuah 15 kes.

Oleh itu, PDRM telah mengambil satu inisiatif bagi membendung masalah ini dengan melancarkan satu aplikasi Aduan JIPS PDRM sebagai platform aduan yang lebih telus dan mudah diakses.

“Setakat ini, aplikasi itu menerima 23 aduan dan kita harap lebih ramai tampil menyalurkan maklumat,” ujarnya.

Artikel lain: Penyalahgunaan Dadah Pada Tahap Bahaya – Ahmad Zahid

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Kompleks IPD Maran mula dibina pada 1997 dan beroperasi sepenuhnya sejak Disember 2012. Kompleks ini mempunyai enam balai dan 335 pegawai serta anggota, dalam menjaga keselamatan lebih 115,000 penduduk meliputi Parlimen Maran, Jerantut dan Kuala Krau.

Sumber: Berita Harian (Khirull Nirwan Bahaudin)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd