Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Tambahan Cuti Umum Buat Kelantan Pada Ahad Ini – TMB

Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan tiada tambahan cuti umum akan diberikan pada Ahad ini berikutan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V.

Tiada tambahan cuti umum

Tiada tambahan cuti umum kelantan

Memetik laporan Kosmo, Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan memberitahu, kerajaan negeri hanya mengisytiharkan cuti umum pada Isnin dan Selasa manakala hari Ahad kekal sebagai hari bekerja.

Beliau menjelaskan terdapat pemohonan daripada Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) menuntut kerajaan negeri memberikan cuti ganti kepada sekolah di bawah yayasan itu berikutan tidak semua sekolah mengemukakan permohonan berkenaan.

“Sekiranya terdapat sekolah-sekolah yang merasakan perlu untuk mendapatkan cuti ganti, mereka boleh mengemukakan permohonan. Insya-Allah, kerajaan negeri akan memberikan cuti ganti kepada sekolah di bawah pengurusan YIK pada hari Ahad ini,” kata Mohamed Fadzli, hari ini.

Artikel lanjut: 30 Tahun Tadbir Kelantan Tanpa Kes Besar Rasuah, PAS Yakin Mampu Urus Negara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan berasingan, Mohamed Fadzli berkata, kerajaan negeri terus menyokong cadangan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat yang memberi pandangan agar peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes rogol membabitkan hubungan suka sama suka melibatkan remaja bawah umur dikaji semula.

Sumber: Kosmo (Mustaqim Mohamed)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd