Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Curi Duit Di Kenduri Kahwin, Wanita Ada 10 Rekod Jenayah Direman

Seorang wanita yang curi duit di kenduri kahwin di Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas pada 1 Februari lalu sudah ditangkap polis.

Curi duit di kenduri kahwin

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, suspek ditahan anggota polis di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu, Kelantan sekitar jam 2.35 petang Ahad.

“Semasa melakukan rondaan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah telah terserempak dengan sebuah teksi jenis Nissan Sentra dalam keadaan mencurigakan.
“Anggota bertugas terus mengekori kereta tersebut dan menahan suspek bersama seorang lagi rakannya yang merupakan pemandu teksi di hadapan sebuah masjid,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Curi duit di kenduri kahwin

Foto: PDRM PASIR MAS

Kama Azural berkata, anggota bertugas telah membuat pemeriksaan ke atas tubuh badan kedua-dua suspek dan tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati suspek mengaku mencuri wang berjumlah RM2,500 semasa majlis perkahwinan tersebut.

Artikel lain: Dua Beradik Mengaku Bersalah Curi Van Jenazah, Terdesak Langsai Hutang Ah Long RM30,000

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semakan ke atas suspek mendapati dia mempunyai 10 rekod jenayah lampau. Seorang lagi rakan suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 62 tahun mempunyai satu rekod jenayah lampau,” ujarnya.

Wanita curi duit di kenduri kahwin direman

Kedua-dua suspek yang dibawa ke Mahkamah Pasir Mas hari ini dilaporkan direman empat hari.

Curi duit di kenduri kahwin

Foto: Ameer Hakimi

Terdahulu, tular sebuah rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di media sosial memaparkan seorang wanita warga emas menyamar sebagai tetamu di majlis kenduri kahwin sebelum melarikan beg tangan mengandungi wang tunai RM2,500 di Kampung Tasek Berangan pada 1 Februari lalu.

Curi duit di kenduri kahwin

Foto: Ameer Hakimi

Difahamkan, pemilik beg tangan yang juga saudara kepada keluarga pengantin kemudian membuat laporan polis pada petang 4 Februari lalu berhubung kejadian terbabit.

Sumber: Facebook PDRM PASIR MAS dan Ameer Hakimi

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd