Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Cukai HVGT: Kerajaan Dijangka Kutip RM700 Juta Setahun

Kerajaan dijangka mengutip hasil cukai sebanyak RM700 juta setahun daripada pelaksanaan Cukai Barangan Mewah atau kini dikenali sebagai Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT).

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan (MoF) berkata, rang undang-undang berkenaan HVGT dicadangkan untuk dibentangkan dalam sesi Parlimen yang sedang bersidang.

“… dan sekiranya diluluskan perundangan itu dicadangkan berkuat kuasa pada 1 Mei 2024,” kata kementerian itu menerusi jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, semalam.

Cukai HVGT

Artikel lain: Cukai 10% Pembelian Online Bawah RM500 Hanya Untuk Produk Import

Kementerian Kewangan berkata demikian sebagai menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang ingin tahu jumlah jangkaan pendapatan yang diperoleh hasil daripada pelaksanaan HVGT dan tarikh pelaksanaannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, mengenai cukai jualan ke atas barang bernilai rendah (LVG) kementerian itu berkata, kerajaan menjangkakan kutipan hasil bagi tahun pertama pelaksanaan adalah sebanyak RM200 juta.

Cukai LVG dimulakan pada 1 Januari 2024, yang mana pengguna yang membeli barang secara dalam talian bernilai RM500 ke bawah dan barang itu berada di luar negara akan dikenakan cukai jualan pada kadar 10 peratus.

“Buat masa sekarang, sebanyak 52 syarikat berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
“Melalui cukai jualan ini, ia dijangka dapat merapatkan jurang harga antara barang keluaran tempatan dan luar negara yang seterusnya dapat memberi faedah kepada pengeluar produk tempatan,” kata MoF sebagai menjawab soalan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang bertanya bagaimana LVG boleh melindungi peniaga tempatan.

Sementara itu, menjawab soalan William Leong Jee Keen (PH-Selayang), yang bertanya sama ada kerajaan bercadang menurunkan kadar cukai pendapatan syarikat dalam situasi race to the bottom (bersaing antara satu sama lain) dengan negara serantau, MoF berkata, pengurangan kadar cukai itu tanpa ditampung sumber hasil baharu yang lestari seperti cukai kepenggunaan tidak sesuai dilaksanakan pada masa ini kerana ia akan menjejaskan kestabilan kedudukan fiskal kerajaan.

Sehubungan itu, melalui Belanjawan 2024, kerajaan mengumumkan pelaksanaan pengenaan Cukai Minimum Global (GMT) pada kadar 15 peratus mulai 2025 selaras dengan komitmen Malaysia terhadap piawaian percukaian antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

GMT akan dilaksanakan ke atas syarikat multinasional yang mempunyai pendapatan global tahunan sekurang-kurangnya 750 juta euro dan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah anak syarikat yang beroperasi di sesebuah negara berbeza.

“Pelaksanaan GMT dijangka memberikan impak positif kepada negara, mengekalkan keupayaan untuk menarik pelaburan baharu dan sedia ada oleh syarikat multinasional, di samping memberi jaminan kepada pelabur terhadap perancangan negara dalam melaksanakan GMT,” katanya.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd