Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Cuepacs Ingatkan Penjawat Awam Elak Tambah Hutang Baharu Selepas Kenaikan Gaji SSPA

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengeluarkan peringatan kepada ahlinya agar tidak menambah hutang baharu selepas menerima kenaikan gaji pertama Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuatkuasa hari ini.

cuepacs

Foto: Astro Awani

Menurut laporan  Sinar Harian, presidennya, Datuk Dr Adnan Mat menyeru setiap anggota perkhidmatan awam untuk bijak berbelanja walaupun menikmati pelarasan kadar gaji baharu sebanyak lapan peratus bermula Disember 2024.

Beliau turut menekankan bahawa tiada keperluan untuk membuat pinjaman baharu atau pinjaman bertindih kerana dikhuatiri akan menjejaskan produktiviti akibat bebanan hutang yang melampau.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun mereka merasakan ini adalah hak mereka dalam membuat pinjaman baharu ataupun overlap, Cuepacs menyarankan ‘jangan’ dan ‘tidak’ kepada pinjaman kecuali kepada pinjaman perumahan untuk masa hadapan mereka,” katanya semasa Perhimpunan Bulanan Warga Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Muda.

Artikel lain: Kenaikan Gaji: Anwar Mahu Semangat, Budaya Kerja Baharu Dalam Perkhidmatan Penjawat Awam

 

Sebaliknya, Adnan menegaskan agar anggota perkhidmatan awam terus mengekalkan kadar perbelanjaan biarpun terdapat kenaikan gaji menerusi pelaksanaan SSPA.

“Kekal ‘maintain’ dalam perbelanjaan biasa walaupun gaji naik malah hendaklah fokus kepada masa hadapan keluarga dalam bentuk penyediaan kemudahan terutama perumahan yang belum mereka miliki,” tambah Adnan.

Foto hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Adnan mendedahkan bahawa terdapat 3,000 penjawat awam di seluruh negara telah diisytiharkan muflis akibat bebanan hutang melampau.

Melalui pelaksanaan SSPA, pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional akan menerima pelarasan gaji sebanyak 15 peratus secara berfasa, dengan lapan peratus pada Disember 2024 dan tujuh peratus pada Januari 2026.

Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula akan menerima pelarasan gaji tujuh peratus secara berfasa, dengan empat peratus pada Fasa 1 dan tiga peratus pada Fasa 2 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 16 Ogos lalu.

Sumber: Sinar Harian (Siti Zubaidah Zakaraya)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tiga bulan, Muhammad Asyraf Rayyan yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam kepala (hidrosefalus) sejak dilahirkan, menghembuskan nafas terakhir pada...

Sosial

Seorang wanita warga Indonesia tampil mendakwa menjadi mangsa kecuaian doktor perubatan selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Malaysia tanpa persetujuan bertulis, selain...

Lokal

Seorang pemandu van warga Thailand direman empat hari susulan kemalangan maut yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Napoh, Jitra malam...

Lokal

Motif sebenar kes guru besar dan isteri yang ditemukan maut di sebuah rumah di Sri Aman masih dalam siasatan, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd