Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Cucu Kris Dayanti Dapat Kereta Mewah Bersempena Ulang Tahun Ke-2

Cucu sulung kepada penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti iaitu Ameena Hanna Nur Atta menerima hadiah sebuah kereta mewah bersempena ulang tahun kelahirannya ke-2.

Menerusi hantaran dikongsikan di media sosia, kereta Hyundai Staria bernilai lebih RM277 ribu merupakan pemberian bapa Ameena iaitu Atta Halilintar.

dapat kereta

Menurut Atta pemberian kereta tersebut adalah sebagai satu pelaburan dalam jangka masa panjang buat Ameena terutema ke sekolah.

“Kenderaan ini akan digunakan untuk kepentingan Ameena. Alhamdulillah, nanti 20 tahun ke depan tidak perlu beli lagi, buat sekolah dan sebagainya,”ujar menantu kepada Kris Dayanti.

dapat kereta

Artikel lain: Atta Halilintar Pasrah, Terpaksa Layan Ngidam Pelik Isteri Nak Melancong Ke Jepun

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kongsi Atta, pemberian kereta tersebut adalah atas permintaan isterinya, Aurel Hermansyah, lebih-lebih lagi pasangan suami isteri ini sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Jadi, anak-anak perlukan kereta sebesar ini kerana sudah mulai bersekolah. Lagipun mamanya (Aurel) sudah memasukkan Ameena ke sekolah, jadi inilah hadiahnya,”jelas Atta lagi.

dapat kereta

Sebelum ini, Ameena menyambut ulang tahun kelahiran pertama dalam satu program televisyen selain pernah menerima kereta Tesla sebelum dilahirkan.

Sekadar info, Atta dan Aurel telah mendirikan rumah tangga pada  4 April 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Ameena Hanna Nur Atta dan Azura yang lahir pada November tahun lalu.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Atta Halilintar (PAPATA) (@attahalilintar)

Sumber: insertlive

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd