Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cubaan Samun Gagal, Seorang Perompak Maut Dilanggar Mangsa

Seorang lelaki berusia 29 tahun maut akibat dilanggar sebuah kereta dalam kejadian cubaan samun di pekan Kuala Kedah, Alor Setar pada Selasa.

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika suspek bersama dua rakan subahat dipercayai mahu menyamun seorang mangsa berusia 32 tahun.

Foto: Kosmo Online

“Ketika kejadian, lelaki itu berada di dalam keretanya manakala pemuda dan dua rakan yang mahu melakukan samun menaiki dua motosikal.
“Salah seorang suspek telah memukul cermin kereta mangsa di bahagian hadapan menggunakan sebatang objek sehingga pecah,” katany.

Shukri berkata, akibat ketakutan, mangsa bertindak memecut keretanya sebelum melanggar motosikal yang dinaiki suspek yang cuba menghalang di bahagian hadapan kereta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo Online

“Suspek kes cubaan samun yang dilanggar itu kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan polis sedang mengesan dua lagi suspek yang melarikan diri,” ujarnya.

Polis akan membuka dua kertas siasatan ke atas mangsa mengikut Seksyen 302 manakala dua suspek yang masih bebas akan disiasat di bawah Seksyen 393.

Sumber: Astro Awani (Adie Sufian Zulkefli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Lokal

Trend menyewa kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah untuk pulang beraya semakin mendapat sambutan, apabila kebanyakan syarikat sewa kereta melaporkan semua unit mereka habis ditempah....

Sosial

Seorang wanita dikecam netizen di media sosial susulam membuat siaran langsung di platform TikTok sambil menunjukkan tingkah laku berahi. Buat aksi tidak senonoh dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd