Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cuaca Panas Melampau Jejas Tanaman Padi, Hasil Turun Hingga 30 Peratus

Kemarau berpanjangan serta cuaca panas melampau bukan sahaja menjejaskan sumber bekalan air, malah turut memberi impak langsung terhadap pengeluaran padi yang dijangka menyusut sehingga 30 peratus.

Tanaman padi terjejas

Empangan Muda. – Foto ihsan Facebook Datuk Dr Ismail Salleh

Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr Ismail Salleh, berkata situasi itu berlaku apabila suhu yang terlalu tinggi mengganggu proses penting dalam pembentukan hasil tanaman berkenaan.

Menurutnya, suhu ekstrem khususnya melebihi 40 darjah Celsius boleh menjejaskan proses pendebungaan, sekali gus menyebabkan pengisian padi menjadi tidak sempurna.

“Kalau suhu sekitar 37 hingga 38 darjah Celsius, padi masih mampu bertahan.
“Tetapi bila mencecah 40 hingga 41 darjah Celsius, ia mula ganggu pendebungaan isi padi tidak akan penuh sekali gus menghasilkan padi ringan atau padi hampa dan hasil boleh jatuh antara 20 hingga 30 peratus,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa cuaca panas melampau juga menjejaskan kesuburan tanah apabila ia menjadi semakin keras.

Dalam masa sama, katanya, keadaan kemarau memberi tekanan besar kepada bekalan air apabila sumber utama seperti hujan dan takungan empangan semakin berkurangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketika ini paras takungan di Empangan Muda berada pada tahap rendah iaitu 8.28 peratus berikutan ketiadaan hujan di kawasan tadahan dan ini perlu diberi perhatian serius.
“Bila kemarau, air hujan tiada, air empangan pun berkurangan dan ini memberi kesan langsung kepada bekalan air untuk pengairan padi,” katanya.

Ismail berkata bekalan air sedia ada kini hanya mencukupi untuk disalurkan ke Loji Rawatan Air (LRA) bagi kegunaan domestik dan industri.

Keadaan itu, jelasnya, menyebabkan pihaknya tidak dapat menyalurkan air ke kawasan sawah seperti kebiasaan.

Artikel lain: Taburan Hujan Rendah, Cuaca Panas Dijangka Berterusan Hingga Jun – MetMalaysia

Susulan situasi berkenaan, beliau berkata pesawah berkemungkinan perlu menggunakan kaedah tabur terus kering (TTK) bagi meneruskan penanaman musim pertama 2026 yang dijangka bermula April ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, kaedah tersebut melibatkan kerja membajak tanah, menabur benih padi serta memadatkan permukaan tanah sebelum menunggu hujan atau embun untuk proses percambahan.

Suber: Berita Harian (Noorazura Abdul Rahman)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd