Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cuaca Panas, Kerajaan Sedia Isytihar Darurat Jika Keadaan Makin Teruk

Susulan cuaca panas melampau dialami negara pada ketika ini, kerajaan bersedia untuk mengisytiharkan darurat sekiranya perlu.

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun perkara tersebut belum diputuskan lagi.

“Kita sedang membuat pemantauan 24 jam sehari dan kalau ada darurat, pengumuman akan dibuat. Buat masa ini belum lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) di bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Foto hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahmad Zahid berkata, Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pengisytiharan darurat akan digunakan sekiranya situasi panas itu berterusan.

“Sekarang kerajaan mengambil langkah proaktif dan tidak lagi (langkah) berjaga-jaga di dalam menangani cuaca panas,” ujarnya.

Sementara itu, antara langkah proaktif diambil adalah kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) bagi melakukan pembenihan awan di tujuh empangan.

Ia melibatkan kawasan Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Melaka, Sungai Kelantan, Sungai Klang, Sungai Bernam dan Sungai Similajau.

Sumber: Sinar Harian (Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd