Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

COP16: Malaysia Perkukuh Kerjasama Bagi Konservasi Biodiversiti

Malaysia akan mengukuhkan kerjasama bagi konservasi biodiversiti khususnya dalam aspek pembangunan kapasiti, pemindahan teknologi dan pembiayaan pada Sidang Kemuncak Biodiversiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) atau COP16.

Menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengetengahkan komitmen negara dalam mengintegrasikan Rangka Kerja Biodiversiti Global Kunming-Montreal (KMGBF) ke dalam Pelan Tindakan dan Strategi Biodiversiti Kebangsaan (NBSAP) iaitu Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2022-2030 (DKBK) yang diluncurkan pada 24 Oktober 2023.

“Malaysia menjadi antara negara parti yang terkehadapan dalam melaksanakan perkara ini dan pencapaian ini meningkatkan reputasi Malaysia di arena antarabanga kerana setakat ini 80 peratus daripada negara parti masih belum berbuat demikian.
“Malaysia telah meratifikasi dan menjadi parti kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) pada 24 Jun 1994 bagi mengukuhkan komitmen dalam pemuliharaan dan penggunaan biodiversiti secara lestari serta memastikan perkongsian faedah yang terhasil daripadanya secara adil dan saksama,” kata NRES dalam satu kenyataan hari ini.

COP16 yang diketuai oleh Nik Nazmi bersama 17 orang delegasi Malaysia menghadiri persidangan tersebut yang diadakan sejak 21 Oktober lalu hingga 1 November ini di Cali, Colombia.

Sementara itu, persidangan CBD COP16 turut berlangsung serentak dengan protokol-protokol yang berkaitan iaitu The 11th Meeting of the Conference of the Parties serving as the Meeting of the Parties (MOP) to the Cartagena Protocol on Biosafety dan The 5 th MOP to the Nagoya Protocol on Access to Genetic Resources and the Fair and Equitable Sharing of the Benefits Arising from their Utilization.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Persidangan ini diadakan setiap dua tahun sekali dan dihadiri oleh 196 buah negara parti bagi memastikan pelaksanaan obligasi di bawah CBD serta menetapkan hala tuju dalam pengurusan biodiversiti untuk dilaksanakan oleh negara parti,” ujarnya.

Semasa persidangan itu, Nik Nazmi dan delegasi akan turut menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri (High Level Segment – HLS), mesyuarat dua hala, lawatan kerja teknikal berkaitan konservasi biodiversiti dan terlibat dalam acara sampingan.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd