Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Colombia Halau Duta Israel, Tak Kisah Putus Hubungan Diplomatik

Kementerian Luar Colombia halau duta Israel serta menuntut maaf selepas tindakannya mengkritik Presiden Gustavo Petro mengenai konflik Israel-Palestin.

Menurut laporan Al-Hijrah Online, Petro difahamkan mengkritik rejim Israel di media sosial sejak konflik antara dua negara tersebut sejak 7 Oktober lalu.

Colombia halau duta Israel

Artikel lain: Mesut Ozil Minta Israel-Palestin Hentikan Peperangan

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Presiden Colombia di laman X (dulu Twitter), Petro mendakwa Israel menggunakan bahasa mengenai rakyat Gaza yang serupa dengan apa yang dikatakan oleh pihak Nazi mengenai orang Yahudi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak puas hati dengan kenyataan Petro yang didakwa tuduh melulu tanpa usul periksa, Israel telah mengumumkan penggantungan eksport berkaitan keselamatan ke Colombia.

Bukan itu sahaja, Presiden Colombia memberi ancaman untuk memutuskan hubungan Israel malah, tidak menyokong sama sekali penindasan terhadap rakyat Palestin.

“Jika kita perlu menggantung hubungan luar dengan Israel, kita akan melakukannya. Kami tidak menyokong genosid (pembunuhan secara sengaja),” Colombia Reports memetik Presiden Colombia sebagai berkata pada Isnin.

Bahkan, Petro menyeru kepada  kerajaan Amerika Latin lain bersolidariti dalam isu tersebut.

Sumber: Al-Hijrah Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd