Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cium Pipi & Cabul Lelaki, Ustaz Budak Kekal Dipenjara 13 Bulan

Mahkamah Tinggi Kota Bahru mengekalkan hukuman dan sabitan kes melibatkan Ustaz Budak atas kesalahan kelucahan melampau dengan mencium pipi dan mencabul seorang ahli perniagaan lelaki kira-kira tiga tahun lalu.

Mahkamah tolak rayuan perayu

Memetik laporan dari Sinar Harian, hakim, Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas telah membuat keputusan selepas menolak rayuan dikemukakan oleh perayu, Syamsul Zaman Sukri, 35, dan mengarahkan pemenjaraan itu berkuat kuasa serta-merta.

Dalam alasan penghakimannya, Abazafree memaklumkan perayu yang juga mudir sebuah madrasah tahfiz di Machang itu tidak mempunyai bukti kukuh untuk menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan terhadapnya.

Mahkamah kekal sabitan & hukuman terhadap Ustaz Budak

Ujarnya, tujuh perkara dibangkitkan oleh perayu termasuklah mendakwa keterangan mangsa tidak boleh diyakini kerana isu percanggahan waktu, namun mahkamah mendapati setiap orang mempunyai tahap ingatan yang berbeza dan perkara itu tidak menjejaskan pendakwaan dalam kes berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perayu juga timbulkan isu bahawa pihak pendakwaan gagal buktikan mens rea (niat utk melakukan jenayah) dalam kes ini, tetapi berdasarkan alasan penghakiman mahkamah majistret dan nota keterangan menunjukkan bahawa adanya tindakan serta niat daripada perayu kepada mangsa.
“Oleh sebab itu, mahkamah ini mengekalkan sabitan dan berpendapat hukuman daripada Mahkamah Majistret sebelum ini adalah tepat serta memadai,” katanya.

 Ustaz Budak dipercayai lakukan kelucahan melampu terhadap seorang ahli perniagaan

Mengikut pertuduhan itu, Syamsul Zaman yang juga seorang pendakwah didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang ahli perniagaan lelaki berusia 30 tahun termasuk mencium pipi di sebuah hotel di sini pada jam 1.15 pagi pada 16 Disember 2020.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Untuk rekod, Ustaz Budak telah dihadapkan ke mahkamah di negeri ini pada 13 pertuduhan melibatkan jenayah seksual terhadap beberapa mangsa lelaki termasuk bekas pelajarnya.

Sumber: Sinar Harian (Adila Sharinni Wahid)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd