Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Cipta Sejarah! Tom Cruise Pelakon Pertama Bakal Jalani Penggambaran Filem Di Angkasa Lepas

Pelakon terkenal Hollywood mendedahkan dia sudah bersedia untuk meningkatkan lagi kemahirannya untuk menjadi sebagai juruterbang meluncur ke angkasa lepas demi penggambaran filem yang seterusnya, kelak.

Menurut laporan Mirror.co.uk, aktor yang berusia 52 tahun itu masih berbincang dengan Universal Films Entertainment Group untuk mendapatkan persetujuan serta perjanjian untuk menuju ke stesen angkasa antarabangsa bersama dengan pelakon dan kru penggambaran yang terlibat.

Tom turut memaklumkan misi untuk melakukan penggambaran di angkasa lepas sudah  tertangguh sejak pandemik lalu dan dia mahu meneruskan usahanya itu memandangkan Covid-19 sudah reda.

Bukan itu sahaja, pihak Universal mengatakan mereka juga berminat untuk meneruskan usaha Tom itu memandangkan pengerusi syarikat Donna Langley sedang mencari idea untuk mencapai projek itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya rasa Tom mampu membawa kami ke angkasa lepas dan sekali gus membawa dunia ke luar angkasa. Itulah perancangan kami.
“Kami mempunyai satu projek hebat bersama pelakon itu untuk menaiki roket ke stesen angkasa lepas,” katanya.

Sekadar info, Tom dikatakan pernah menjalinkan kerjasama dengan yarikat SpaceX milik jutawan Elon Musk untuk ke angkasa lepas namun, sehingga ke hari ini masih tiada pengesahan yang dibuat oleh syarikat itu.

Sumber:  @Mirror.co.uk (Ayeesha Walsh)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Lokal

Dua wakil penduduk Wangsa Maju menafikan dakwaan mereka cuba memeras ugut sebuah perniagaan, menegaskan lawatan rasmi mereka ke sebuah pusat urut hanyalah untuk mendapatkan...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd