Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Cinta Laura Tak Gemar Barangan Mewah, Lebih Suka Hidup Secara Sederhana

Tidak dapat dinafikan, setiap manusia suka akan kemewahan dan sering berusaha untuk mengubah kehidupan lebih baik demi memenuhi kehendak serta mencapai apa yang diidamkan.

Namun begitu, berbeza pula dengan pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Cinta laura atau nama sebenarnya Cinta Laura Kiehl memaklumkan dia lebih gemar hidup secara bersederhana.

Jelasnya, dia tidak pernah mementingkan pakaian yang berjenama mewah untuk ditunjukkan kepada orang ramai dan lebih selesa dengan gaya hidup seperti manusia biasa yang lain.

Katanya, keyakinan diri adalah kunci segala-galanya dan kehebatan seseorang boleh diukur daripada perbuatan kita sendiri dan bukan daripada sesuatu jenama mewah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya percaya kehebatan kita bukan datang daripada apa yang kita pakai. Tetapi terbukti daripada perbuatan kita. Jadi apa yang diperlukan ialah keyakinan yang tinggi walau apa juga yang kita pakai,” ujarnya.

Tambah pelakon yang berusia 29 tahun itu lagi, dia lebih memilih menyokong jenama tempatan untuk nampak lebih cantik serta memukau di mata orang ramai.

Sumber: Kosmo (Lia Othman)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd