Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

CIDB Iktiraf 70 Pemain Industri Pembinaan Di MCIEA 2024

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, malam tadi.

Anugerah Tokoh Terkemuka diberikan kepada Pengerusi Lim Seong Hai Capital Berhad, Tan Sri Lim Keng Cheng atas dedikasinya selama tiga dekad dalam membangun persekitaran pembinaan Malaysia.

Pemain industri pembinaan di MCIEA 2024

MCIEA 2024

Foto: Bernama

MCIEA 2024 disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dengan kehadiran timbalannya Datuk Seri Ahmad Maslan serta Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Mohd Zaid Zakaria.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, AQ Solutions Sdn Bhd meraih Anugerah Jurubina Terbaik Tahun Ini bagi projek Kilang Pengujian Pengeluaran Robert Bosch.

WCT Berhad pula menerima Anugerah Pencapaian Antarabangsa untuk projek pembangunan Stadium Lusail di Doha, Qatar yang menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia FIFA 2022.

Tahun ini, Anugerah Projek Terbaik-Bangunan (Kategori Utama) diberikan kepada projek Menara Affin di Jalan Tun Razak dan Pejabat Kerajaan Parcel F, Presint 1 di Putrajaya.

Artikel lain: Projek Pembangunan Diarah Tutup, 8 Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes Ditemui

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala projek Klang Valley Mass Rapid Transit: Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya/Laluan 2 menerima Anugerah Projek Terbaik – Infrastruktur (Kategori Utama).

MCIEA 2024

Foto: Bernama

Pada sidang media, Mohd Zaid berkata, MCIEA bukan sekadar meraikan kejayaan tetapi simbolik kekuatan, semangat dan mengejar kecemerlangan tanpa henti yang mentakrifkan industri.

“Setiap projek yang dikemukakan, setiap inovasi yang dilaksanakan adalah satu langkah ke arah pembinaan yang lebih baik Malaysia untuk generasi akan datang,” katanya.

Untuk makluman, penerima MCIEA 2024 telah dipilih oleh panel hakim terdiri daripada pakar industri yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Sosial

Usahawan terkenal Heliza Maysuri menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman uniknya menempah kain kafan untuk alam kubur daripada jenama tempatan terkenal, Rizalman Ibrahim. Usahawan...

Sosial

Bekas isteri personaliti media sosial Chazynash iaitu Fatin Morat tampil membuat kenyataan rasmi berkaitan nafkah dan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Menerusi satu hantaran di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd