Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Chee Yee Tampil Perjelas Isu Kibar Bendera Asing Di Johor, Polis Buka Kertas Siasatan

Polis membuka kertas siasatan susulan insiden tular pengibaran bendera negara luar oleh sekumpulan individu dalam satu acara perarakan festival budaya antarabangsa di Sentosa, Johor Bahru, petang semalam.

Menerusi satu kenyataan, program anjuran sebuah pertubuhan kebudayaan di Sentosa itu semalam menghimpunkan penganut agama membabitkan lebih daripada 10 negara.

Foto: Sinar Harian

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima satu video tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan individu berkenaan mengibarkan bendera negara luar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) menerima satu laporan polis berhubung pengibaran negara luar dalam perarakan itu, kira-kira 3 petang semalam.
“Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kita akan memanggil penganjur dan saksi terbabit acara berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Foto: Facebook Kerk Chee Yee

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh Kerk, Chee Yee menjelaskan bahawa penganjur pesta tersebut memaklumkan bahawa sesi perarakan itu turut melibatkan delegasi dari Filipina, Hong Kong, Macau, Singapura dan Indonesia untuk perarakan festival budaya antarabangsa sahaja.

Dalam tangkap layar video tular itu, kumpulan terbabit dirakam mengibarkan bendera negara China.

Bagaimanapun, semakan mendapati bendera itu sebenarnya bendera negara China, bukan bendera Parti Komunis China.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Festival Guan Gong diadakan untuk meraikan pahlawan purba China Guan Gong atau Guan Yu.

Foto: Facebook Kerk Chee Yee

Kerk yang juga timbalan speaker Melaka berkata bukan hanya bendera China, tetapi pelbagai negara seperti Vietnam dan Thailand dikibarkan dalam pesta kebudayaan antarabangsa itu.

“Ia boleh dinampak dalam post dan reels saya.
“Mungkin ada bendera negara lain tapi saya tak perasan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Orang ramai mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi talian hotline 07-2182323 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Persatuan Kebudayaan Guan Gong Malaysia telah memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China oleh satu daripada rombongan berkenaan pada malam perarakan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan, Ipoh pada 25 Oktober lalu.

Sumber: Facebook (Kerk Chee Yee)

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd