Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ceroboh Tapak Cadangan Masjid Baru Dengkil, Binaan Haram Selesai Diroboh PDT Sepang

Sebelum ini tular di media sosial apabila ada pihak ceroboh tapak cadangan masjid baru Dengkil dengan membina penempatan dan binaan haram di lokasi tersebut.

 Tapak Cadangan Masjid

MPS robohkan binaan yang ceroboh tapak cadangan masjid

Namun begitu, menerusi perkongsian Facebook Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Dengkil, pihak mereka mengucapkan terima kasih kepada Penguat kuasa Pejabat Tanah Daerah Sepang kerana telah selesai merobohkan bidaan-binaan haram terbabit.

“Terima kasih pada penguat kuasa tanah yang merobohkan binaan haram di tapak cadangan untuk Masjid Baru Dengkil,” tulisnya.

Tapak cadangan masjid dibersihkan

Beberapa gambar keadaan terkini lokasi tersebut juga dimuat naik memperlihatkan sudah tidak ada binaan-binaan termasuklah binaan berkaitan kepercayaan agama lain di situ.

Akan pantau dari semasa ke semasa

Walau bagaimanapun, pengerusi JPKK menyatakan pihaknya akan terus memantau dari masa ke semasa agar perkara sama tidak berulang selagi kerja-kerja pembinaan masjid belum bermula.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tapi kena ingat, kita masih belum menang selagi tiang masjid belum terpacak. Kita akan pantau dari masa ke semasa,” tulisnya.

Artikel lain: Majlis Daerah Roboh Pusat Pelancongan Haram Di Cameron Highlands

Terdahulu, tular di media sosial apabila pengerusi JPKK memuat naik beberapa gambar keadaan tapak cadangan masjid baru Dengkil telah diceroboh dan terdapat binaan haram dibina disana.

Difahamkan, ia sudah berlaku sejak 2012 dan belum ada sebarang tindakan dilakukan sehingga ia mengambil keputusan berkongsi hal tersebut di media sosial.

Sumber: Facebook Pengerusi JPKK Dengkil

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan memanggil rakan sejenisnya dengan gelaran mesra seperti “sayang” dan “isteri”. Tular panggil rakan...

Sosial

Kerja di lapangan terbang memang penuh dengan cabaran. Setiap hari petugas keselamatan terpaksa berdepan dengan ribuan penumpang yang pelbagai ragam. Penumpang VIP siram air...

Sosial

Pada usia baru mencecah 25 tahun, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs membuktikan bahawa usia muda bukanlah penghalang untuk berjuang demi kemanusiaan....

Dunia

Kapal tentera Itali dilaporkan akan berhenti mengiringi armada antarabangsa Global Sumud Flotila (GSF) yang kini berlayar ke Gaza, sekali gus mendedahkan lebih 500 aktivis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd