Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Ceroboh Rumah Pempengaruh, Suspek Kantoi Lepas Patah Balik Ambil Selipar

Gara-gara berpatah balik semata-mata mahu mengambil selipar yang tertinggal, seorang lelaki dicekup selepas disyaki ceroboh rumah pempengaruh media sosial dikenali sebagai Choii di Batu Maung, Pulau Pinang.

Ceroboh Rumah Pempengaruh

Ceroboh rumah pempengaruh di Batu Maung

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, suspek berusia 21 tahun itu direman empat hari bermula hari ini hingga 8 Ogos, selepas perintah dikeluarkan oleh Majistret Chia Huey Ting di Mahkamah Balik Pulau.

Kredit  foto: Malaysia Gazette

Ceroboh rumah pempengaruh sebelum kantoi

Ketika tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 9.12 pagi, suspek yang mengenakan jersi hijau kelihatan tenang diiringi anggota polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, lelaki tersebut kembali ke lokasi kejadian untuk mengambil seliparnya sebelum berjaya diberkas oleh tuan rumah sendiri.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam memaklumkan, suspek memasuki kediaman tersebut melalui pintu belakang ketika pembantu rumah keluar membuang sampah.

“Sebaik sahaja menyedari kehadiran penghuni rumah, suspek melarikan diri, namun dia berpatah balik ke lokasi sama untuk mengambil barang yang tertinggal.
“Bagaimanapun, dia berjaya ditahan oleh pengadu dengan bantuan rakan-rakannya sebelum diserahkan kepada anggota polis MPV yang bertugas di Zon 3 Batu Maung,” katanya.

Artikel lain: Beri Sisa Tulang Ayam Kepada Gelandangan, Tiga Pempengaruh Mohon Maaf Selepas Dikecam

Hasil semakan lanjut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzodiazepine serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda hingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sumber: Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenarkan sebuah persatuan tokong menganjurkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dengan alasan ia merupakan...

Nasional

Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 9 hingga 15 April meningkat kepada RM6.72 seliter berbanding RM6.02 sebelum ini. Kementerian Kewangan memaklumkan, harga RON97 tanpa...

Dunia

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur akhirnya dibuka semula kepada umat Islam hari ini selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel susulan tindakan ketenteraan bersama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd