Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Ceroboh Masuk Ke Makkah, Tindakan Wartawan TV Israel Dikecam Menteri Israel dan Umat Islam

Tindakan seorang wartawan Israel bernama Gil Tamary yang telah masuk ke kawasan suci Islam di Makkah telah mendapat kecaman serta kritikan ramai termasuklah Menteri Kerjasama Serantau Israel, Esawi Freij.

Wartawan itu telah memasuki kawasan Makkah dengan menaiki kereta di tepi Masjidil Haram dan kemudian mendaki Jabal Rahmah iaitu lokasi Nabi Muhammad menyampaikan khutbah yang terakhirnya pada 14 abad yang lalu.

Difahamkan, Tamary telah membuat liputan mengenai hubungan antara Israel dan negara Teluk itu telah mengundang kemarahan orang ramai di media sosial memandangkan orang bukan Islam tidak dibenarkan dan diharamkan untuk menjejakkan kaki di tanah suci Makkah dan Madinah.

Malah, dia turut mengambil beberapa gambar serta merakam video telah membangkitkan lagi kemarahan umat Islam serta memburukkan lagi keadaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahkan, setelah berjaya menyelusup masuk ke Jabal Rahmah bersama seorang individu yang tidak dapat dikenal pasti, Tamary telah menggunakan bahasa Ibrani dan bahasa Inggeris sebagai teknik untuk menggelakkan dirinya daripada dikesan  sebagai orang Israel.

Bagaimanapun, dia telah membuat permohonan maaf atas tindakan yang memalukan itu di media sosial selepas dihentam teruk oleh umat Islam seluruh dunia.

Susulan daripada kejadian itu juga, Menteri Kerjasama Serantau Israel, Esawi Freij turut memohon maaf atas insiden yang telah berlaku.

Katanya lagi, tindakan biadap yang dilakukan oleh wartawan itu adalah tidak boleh diterima sama sekali kerana ia akan menganggu serta menjejaskan usaha Amerika Syarikat (AS) untuk mewujudkan hubungan damai antara Israel dan Arab Saudi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya meminta maaf, ia adalah satu perkara yang bodoh untuk dilakukan dan dibanggakan. Ia tidak bertanggungjawab dan memberikan impak buruk hanya untuk kepentingan rating,” ujarnya.

Sebelum ini, Tamary antara tiga wartawan yang telah mendapat kebenaran memasuki Arab Saudi untuk membuat laporan mengenai lawatan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada minggu lalu.

Sumber: Berita harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Hasrat sepasang kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga minggu depan tidak kesampaian apabila wanita yang dinanti untuk bergelar isteri maut dalam kemalangan jalan raya...

Nasional

Jabatan Pendaftaran Negara (Jabatan Pendaftaran Negara) merekodkan sebanyak 60,698 kelahiran melibatkan warga asing Myanmar di negara ini termasuk dalam kalangan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi...

Lokal

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd