Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Cedera Di Bahagian Muka, Jennie Blackpink Minta Peminat Jangan Risau!

Tidak dapat dinafikan, ramai peminat sudah tidak sabar menanti konsert jelajah dunia Blackpink yang bakal berlangsung malam ini di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Namun begitu, difahamkan salah seorang anggota Blackpink iaitu Jennie mengalami kecederaan ringan di bahagian wajahnya ketika melakukan senaman.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Jennie di laman komuniti peminat Weverse dan menyeru kepada orang ramai supaya tidak membimbang keadaan kesihatannya.

“Semasa rehat singkat kami, saya menjaga kesihatan saya, makan dengan baik dan tidur dengan baik. Tetapi saya tersadung sedikit semasa bersenam dan mengalami kecederaan di bahagian muka.
“Saya mahu pulih dengan cepat untuk tidak membuatkan Blink bimbang tetapi ia masih dalam proses penyembuhan jadi saya akan memakai pembalut di muka untuk sementara waktu,” ujarnya.

Sekadar info, Jennie sudah tiba di Malaysia pada malam semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama dengan Lisa. Manakala, Jisoo dan Rose pula tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd