Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Catat Masa Paling Perlahan, Pelari Somalia Rupanya Anak Saudara Pengerusi Olahraga

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang pelari pecut wanita telah menduduki tempat terakhir dan mencatat masa paling perlahan dalam acara larian 100 meter rupa-rupanya anak saudara Pengerusi Persekutuan Olahraga Somalia.

Susulan khabar angin tersebut, Pengerusi Persekutuan Olahraga,  Khadija Aden Dahie telah digantung tugas serta merta kerana penyalahgunaan kuasa dan nepotisme ketika Nasra Abubakar Ali menyertai kejohanan Sukan Universiti Dunia (FISU) di Chengdu, China Isnin lalu.

Bukan itu sahaja, Menteri Sukan Somalia, Mohamed Barre Mohamud menjalankan siasatan berhubung dengan pemilihan yang dilakukan oleh Khadija yang secara tidak langsung telah mencemarkan nama negara.

Disebabkan ramai pengikut di media sosial tidak berpuas hati dengan penglibatan Nasra ke acara terkemuka tersebut, Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan kemudian diarahkan untuk menggantung tugas Khadija.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahkan, Mohamed bersama dengan ahli jawatankuasa Olimpik turut mendedahkan Nasra bukan seorang ahli sukan atau pelari pecut yang menjadi syarat untuk memasuki pertandingan itu,

Penglibatan Nasra ke kejohanan tersebut berkemungkinan ada dokumen yang telah dipalsukan dan penyiasat-penyiasat mendapati tidak ada Persatuan Sukan Universiti Somalia yang berdaftar.

“Kementerian dengan tegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Persekutuan Olahraga Somalia dan individu bertanggungjawab berikutan pemalsuan Persatuan Sukan Universiti Somalia,” menurut  satu kenyataan.

Sumber: Kosmo 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd