Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Burasak, Bah Kut Teh, Uthappam Diwarta Antara Makanan Warisan Negara

Burasak, Bah Kut Teh, Uthappam diwartakan antara makanan warisan negara Pengisytiharan Objek Warisan 2024.

Katira pula minuman yang diwartakan

Memetik laporan dari Sinar Harian, makanan-makanan lain yang turut tersenarai adalah dodol kukus tahi minyak, kuih genggang atau lapis, karas, nasi ambeng, jeruk tuhau dan air katira serta mi kolok.

Menurut Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara, Mohamad Muda Bahadin, makanan-makanan tersebut  telah diwartakan sebagai objek warisan melalui kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 49(1) Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

“Nasi ambeng dan mi kolok berada dalam kategori makanan ruji manakala dodol kukus tahi minyak, kuih genggang dan karas berada di dalam kategori kuih-muih.
“Bak kut teh disenaraikan sebagai objek dalam kategori sup manakala jeruk tuhau (makanan pembuka selera) dan air katira (minuman),” katanya.

Bak kut teh atau sup rusuk khinzir  sangat terkenal di kalangan masyarakat Cina merupakan hidangan yang direneh dengan pelbagai jenis herba dan rempah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Burasak pula merupakan makanan Bugis yang dihasilkan dari beras dan santan. Kebiasaannya, makanan tersebut dihidangkan semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Manakala, Uthappam adalah sejenis pancake yang disediakan daripada adunan yang sama yang digunakan untuk membuat thosai.

Topping dimasak betul-betul ke dalam adunan dan berkemungkinan mengandungi tomato, bawang, cili, lada, kubis serta  paneer parut.

Sumber: Sinar Harian (Siti Noor Faezah Muda)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd