Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Budak Lelaki Tumpang Tidur Di Dobi Lepas Ibu Meninggal, Bapa Pula Ada Di Penjara

Seorang budak lelaki tumpang tidur di dobi memandangkan tiada tempat tinggal selepas ibunya meninggal dunia manakala bapa pula ditahan di penjara.

Perkara itu dinyatakan seorang remaja lelaki yang ditemui oleh pengguna TikTok dikenali sebagai M.Hafiq sewaktu mengunjungi dobi untuk menyuci pakaian.

@mohammadhafiq7

Ya Allah kesian nya dengar cerita adik ni, mak dah meninggal ayah kat dalam penjara, cerita sambil air mata mengalir , seminggu sekali pergi dobi selalu nampak dia tidur situ cuma tak ada kesempatan untuk borak kali ni baru dapat borak, macam mana keadaan dia lalui tak ada sesiapa peduli termasuk ahli keluarga yang lain kesian sangat, dapat duit terus bangun keluar beli makan, kadang kadang kita rasa kita dah susah tapi ada yang lagi susah dari kita sampai tak ada tempat tinggal susah nak makan, nak bersedekah jangan tunggu kaya tapi bersedekah la rezeki kita akan bertambah, jadi la manusia yang bermanfaat untuk sesama insan🤲🏼

♬ original sound – M.Hafiq – M.Hafiq

Advertisement. Scroll to continue reading.

Budak lelaki tumpang tidur di dobi, tiada tempat tinggal

Dalam hantaran yang dibuat. M. Hafiz sempat bertanya kepada budak lelaki terbabit dan dia menjelaskan keadaan dirinya yang merupakan anak tunggal serta tidak mendapat perhatian daripada keluarga terdekat.

“Ya Allah, kesiannya dengar cerita adik ni. Mak sudah meninggal, ayah dekat dalam penjara. Cerita sambil air mata mengalir.
Seminggu sekali pergi dobi selalu nampak dia tidur situ, cuma tak ada kesempatan untuk borak. Kali ni baru dapat borak, macam mana keadaan dia lalui tak ada sesiapa peduli termasuk ahli keluarga yang lain kesian sangat,” ujarnya pengguna TikTok.

budak lelaki tumpang tidur di dobi, tiada siapa peduli

Menurut M. Hafiq lagi, dia telah memberikan sedikit duit kepada budak lelaki itu untuk membeli makanan kerana kasihan melihat situasinya yang sebatang kara.

Dia juga akui cukup tersentuh dengan situasi tersebut serta terus bermuhasabah diri apabila mengetahui ada yang insan yang lebih susah daripada diri sendiri.

“Dapat duit terus bangun keluar beli makan. kadang-kadang kita rasa kita sudah susah, tapi ada yang lagi susah dari kita sampai tak ada tempat tinggal susah nak makan,
“ak bersedekah jangan tunggu kaya tapi bersedekah la rezeki kita akan bertambah, jadi la manusia yang bermanfaat untuk sesama insan,” tulisnya lagi.

Artikel lain: Wanita Hiba Anak Lapan Tahun Derita Disihir – “Ingatan Dia Masih Hilang, Tiap Malam Menangis”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Laju dia cerita macam dah lama pendam

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata bertanyakan tentang lokasi dobi yang dimaksudkan kerana ingin memberi bantuan susulan hiba mendengar kisah budak lelaki terbabit.

Budak Lelaki Tumpang Tidur

Kesiannya dia, manalah ahli keluarga lain

Harap pihak berwajib segera beri bantuan

 

Sudah dibantu pihak berkuasa selepas video tular

Walau bagaimanapun, M. Hafiq telah memuat naik video terbaru dengan menjelaskan bahawa kisah budak itu sudah mendapat perhatian pihak berwajib dan dibantu agar dia tidak bergelandangan lagi tanpa ada tempat dituju.

@mohammadhafiq7

Saya ucapkan terima sangat sangat kepada semua yang dah share dan viralkan video adik tu sampai ke pihak berwajib(jkm) semoga kita semua dalam keadaan baik baik dan sentiasa dalam lindungan Allah swt, bersedekah lah jangan tunggu kaya kerna bersedekah la kita akan kaya🤲🏼

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – M.Hafiq – M.Hafiq

Sumber: TikTok mohammashafiq7

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial memaparkan peniaga bazar di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, tidak berpuas hati apabila khemah dibekalkan oleh Dewan Bandaraya...

Sosial

Founder Misi habiskan hampir ERM10,000 selepas membelanjakan masyarakat tanpa mengira bangsa barangan dapur sekaligus dapat meringankan beban mereka. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh...

Sosial

Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) meluahkan rasa terharu dengan sikap keprihatinan rakyat Malaysia yang tampil membantu mengangkatnya selepas tidak dapat menggunakan lif di...

Lokal

Seorang lelaki yang kantoi sengaja langgar bahu dan menyentuh badan wanita di Bazar Lurah Semantan, Temerloh mengaku 13 tahun menghidap penyakit HIV. Memetik laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd