Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Buat Ritual Di Lokasi Tanah Jerlus, Pejabat Mufti WP Panggil ‘Raja Bomoh’

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP) akan panggil ‘Raja Bomoh’ susulan tindakannya melakukan satu ritual di lokasi wanita warga India yang hilang akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata tindakan individu tersebut menimbulkan kegelisahan awam.

Pada masa yang sama, beliau turut berkata tindakan ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin menimbulkan salah faham terhadap agama Islam dalam kalangan masyarakat.

Pejabat Mufti WP panggil ‘Raja Bomoh’

 Pejabat Mufti WP Panggil 'Raja Bomoh'

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya telah minta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk memanggil penama (Ibrahim) dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan Ibrahim masih di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 berikutan amalan ritual yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Mohd Na’im menjelaskan, Ibrahim dipanggil oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan didakwa di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

“Penama telah membuat pengakuan bersalah dan bertaubat atas perbuatan yang dilakukan tersebut,” katanya.

 Pejabat Mufti WP Panggil 'Raja Bomoh'

Foto: Harian Metro

Sebelum ini, media melaporkan Ibrahim hadir ke lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India dan memaklumkan kehadirannya adalah untuk membantu usaha mencari mangsa yang masih belum ditemui.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ibrahim kemudiannya dilihat merenjis air berhampiran kawasan tanah jerlus lokasi wanita warga India dilaporkan terjatuh ke lubang sedalam lapan meter.

Artikel lain: Tanah Jerlus: Semua Sisa Kumbahan Berakhir Di IWK Pantai Dalam – Fahmi

Terdahulu, Ibrahim menjadi tumpuan ramai selepas muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama dua biji kelapa dan teropong buluh untuk mengesan kedudukan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.

Tidak cukup dengan itu, Ibrahim sekali lagi mencuri tumpuan ketika dia datang ke Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur untuk melakukan ritual ‘memagar negara’ daripada diserang Korea Utara ketika isu pembunuhan Kim Jong Nam sedang hangat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 Pejabat Mufti WP Panggil 'Raja Bomoh'

Foto: Kosmo

Pada April 2017 pula, Ibrahim ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan didakwa mengikut Seksyen 7 (a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 kerana menghina agama Islam.

Ibrahim kemudian diperintah berkelakuan baik selama enam bulan dan menjalani kelas akidah serta fardhu ain oleh mahkamah disamping turut membuat pengakuan taubat secara terbuka.

Sumber: Free Malaysia Today (Anne Muhammad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Nasional

Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengumumkan tempahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 MAX yang mana ia menjadi satu langkah strategik yang disaksikan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd