Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Buat Majlis Tertutup, ‘Captain America’ Pilih Wanita Portugal Sebagai Isteri

Pelakon popular, Chris Evans yang terkenal menerusi watak Captain America telah mendirikan rumah tangga bersama teman wanitanya iaitu Alba Baptista pada Sabtu lalu.

Menerusi laporan Page Six, pasangan tersebut telah selamat disatukan dalam sebuah majlis tertutup di kediaman mereka yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.

Antara pelakon yng turut hadir ialah pelakon filem Iron Man iaitu Robert Downey Jr dan bintang Thor, Chris Hemsworth.

Difahamkan, tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan tersebut telah menandatangani perjanjian dimana tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit sehingga selesai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aktor yng berusia 42 tahun itu dikatakan sudah lama menjalinkan percintaan bersama Alba namun berjaya merahsiakan perkara tersebut selama bertahun-tahun.

“Mereka jatuh cinta dan Chris cukup gembira. Keluarga dan semua kawan-kawannya juga sukakan Alba,” kata sumber.

Sumber: Page Six

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd