Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Buat Main Judi, Pelawak Tak Segan Mengaku Scam Jimin BTS Lebih RM300k

Baru-baru ini, pelawak popular Korea Selatan Lee Jin-ho, 38, membuat pengakuan bahawa dia terlibat dalam perjudian haram.

Memetik laporan Kimchi Daily, anggota kumpulan BTS, iaitu Jimin turut menjadi mangsa, selepas Jin-h0 dipercayai meminjam wang untuk berjudi.

Foto: Soompi

Pelawak tersebut secara tidak langsung menerima kritikan orang ramai apabila mendedahkan telah mengumpul banyak hutang disebabkan perjudian haram sekali gus mencari ‘bantuan kewangan’ daripada pelbagai pihak termasuk rakan selebriti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Khususnya pada 2022, Jin-ho telah meminjam wang sebanyak 100 juta won (RM316,756) daripada Jimin, menyatakan bahawa dia memerlukan wang dengan segera.

Wakil daripada Big Hit Music menyatakan maklum balas bagi pihak Jimin atau nama penuhnya, Park Ji-min.

“Jimin mengalami kerugiaan. Apa yang dilakukan hanyalah menulis dan menandatangani surat gadai janji terbuka (promissory note) dan meminjamkannya kepada Lee Jin Ho,” tulis agensi berkenaan dalam satu kenyataan.

Kenyataan agensi

Foto: X Kazuzagguk

Difahamkan, Jin-ho meminjam wang berkenaan pada 2022 dan sepatutnya memulangkan kembali dalam tempoh seminggu.

Bagaimanapun, Jimin terpaksa akur dan menunjuk belas kasihan meminta pelawak tersebut untuk memulangkan kembali wangnya dalam tempoh 10 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: CNN Style

Bukan hanya Jimin, pelawak itu turut meminjam wang daripada selebriti Lee Soo Geun berjumlah 10 juta KRW kira-kira RM30,000. Selain itu, rakan artis Young Tak dilaporkan turut memberi pinjaman wang yang tidak didedahkan jumlahnya.

Walau bagaimanapun, agensi bakat yang menjaga Jin-ho, SM C&C maklum akan perkara ini namun memilih berdiam diri.

Antara selebriti dan pihak lain yang terkesan dalam meminjamkan wang kepada artis komedi  berkenaan adalah Ha Sung Woon selain beberapa pegawai penyiaran, penerbit, dan penulis yang bekerja dalam industri hiburan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Remaja

Malah, mereka turut membenarkan pelawak berkenaan untuk tampil di rancangan televisyen, Knowing Bros seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Sementara itu, Jin-ho mengaku bahawa dia mula berjudi secara haram pada 2020 dan perlu berdepan dengan hutang yang sukar untuk diselesaikan sehingga hari ini.

Tambahan, dia juga mengakui menyesal atas perbuatannya tersebut dan akan menanggung segala akibatnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kimchi Daily

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Sosial

Seorang pembantu setiausaha pejabat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencuri perhatian ramai selepas berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), membuktikan tiada had bagi mereka...

Nasional

Malaysia sekali lagi menunjukkan kepimpinan kukuh di peringkat serantau apabila berjaya memacu komitmen negara-negara ASEAN dalam memperkukuh pembangunan kemahiran dan transformasi tenaga kerja masa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd