Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Buat ‘Live’ Sambil Minum Air Ketika Ramadan, Wanita Ditahan JHEAINS

Seorang wanita Muslim yang membuat siaran langsung di TikTok sambil didakwa meneguk minuman secara terbuka ketika bulan Ramadan ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Menurut laporan Sinar Harian, menerusi tangkapan skrin yang tular, wanita itu mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin, malah dengan bangga menyatakan dia tidak berpuasa, walaupun mendapat teguran ramai bagi menghormati bulan Ramadan.

Foto: Threads @sfeaqsra

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Datuk Mohd Asri Abdullah berkata, pihaknya mengambil serius isu terbabit dan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian yang berlaku pada 23 Februari lalu.

“Video berkenaan memaparkan seorang wanita Muslim yang didakwa telah menghina atau mencela agama Islam. Hasil siasatan mendapati, pemilik aplikasi TikTok berkenaan telah membuat siaran langsung pada Ahad lepas kira-kira jam 6.45 petang.
“Dia berinteraksi bersama pengikutnya di media sosial dan telah melakukan tindakan terbuka dengan makan dan minum semasa siaran langsung tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Asri berkata, wanita berusia 27 tahun itu ditahan di kediamannya di Kuala Pilah pada jam 12 tengah hari Selasa, sebelum dibawa ke bahagian penguatkuasaan JHEAINS untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, wanita berkenaan dilepaskan pada jam 10 malam hari sama selepas keterangannya selesai diambil.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Orang ramai khususnya masyarakat Islam dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap sensitiviti agama dan menghormati bulan Ramadan dengan amalan dan perilaku murni sesuai dengan kehendak Islam.
“JHEAINS sentiasa komited memastikan setiap urusan berkaitan umat Islam di Negeri Sembilan diurus dengan tertib, penuh hikmah dan berlandaskan syariat Islam serta undang-undang yang berkuat kuasa,” ujarnya.

Foto: Threads @sfeaqsra

Kes disiasat di bawah Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, yang berkaitan dengan penghinaan atau pencelaan terhadap agama Islam.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd