Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Buat Kemunculan Semula, Linkin Park Perkenal Ahli Baharu

Linkin Park membuat kemunculan semula dengan barisan ahli baharu, selepas tujuh tahun menyepi sejak kematian vokalis utama, Chester Bennington pada tahun 2017.

Linkin Park

Menurut laporan Los Angeles Times, kumpulan tersebut memperkenalkan vokalis baharu iaitu Emily Armstrong yang dahulu dikenali sebagai salah seorang ahli kumpulan rock, Dead Sara.

Kumpulan itu turut memperkenalkan pemain drum baharu iaitu Colin Brittain yang menggantikan Rob Bourdon, manakala ahli lama adalah Mike Shinoda, Brad Delson, Phoenix dan Joe Hahn.

Kumpulan rock itu akan melancarkan sebuah album bertajuk ‘From Zero’ yang mengandungi 11 buah lagu pada 15 November ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, Linkin Park akan memulakan siri enam konsert di bandar-bandar seluruh dunia iaitu di Inglewood’s Kia Forum pada 11 September dan diikuti dengan beberapa negara lain seperti New York, Germany, London, Seoul dan Colombia.

Pada 2017, ahli Linkin Park memberi penghormatan kepada Bennington dengan persembahan di Hollywood Bowl dimana mereka membuat persembahan bersama ahli Blink-182, No Doubt, Korn, Avenged Sevenfold, Bring Me the Horizon dan System of a Down, merupakan antara persembahan lain.

Sumber: Los Angeles Times (Mikael Wood)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd