Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Buat Jadual Kerja 4 Hari Seminggu, Syarikat Jerman Tetap Bayar Gaji Penuh

Sebanyak 45 buah syarikat Jerman telah buat jadual kerja 4 hari seminggu dan akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan.

Memetik laporan dari DW,  inisiatif itu telah diketuai oleh firma perunding Intraprenör dengan kerjasama organisasi bukan untung yang bernama 4 Day Week Global (4DWG). 

Untuk jaga produktiviti pekerja

Apa yang pasti menggembirakan para pekerja adalah mereka tetap akan dibayar gaji penuh sebulan walaupun hanya bekerja dalam tempoh waktu tersebut.

Tindakanitu dibuat demi memastikan produktiviti pekerja terus terjaga dan membantu menurunkan isu kekurangan tenaga mahir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit foto: Bloomberg

Jerman telah buat jadual kerja 4 hari seminggu, akan dilakukan dalam tempoh 6 bulan dahulu

Hal ini susulan wujud penurunan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam tahap produktiviti di Jerman yang merupakan sebuah negara cukup terkenal dengan kecekapan dalam bidang industri.

Disebabkan itu, kos tenaga menjadi semakin meningkat dan membuatkan beberapa syarikat mengambil inisiatif dengan memulakan sistem jadual tersebut bagi menjana semula output sekali gus mengurangkan jumlah jam bekerja.

Difahamkan, sistem berkenaan telah diuji di beberapa negara di luar Jerman dan didapati memberikan maklum balas positif apabila jam kerja dikurangkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, sistem tersebut dilihat tidak begitu sesuai untuk sektor keselamatan dan juga pengangkutan.

Sumber: DW

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd